Saturday, May 23, 2015

Kolumpo | Hari Bersama

Salam

Ketidaksempatan aku men update blog ni,membuatkan aku terlupa cerita apa yang nak diceritakan.
Bukan setakat itu saja,aku jadi hambar 2-3weeks ni sebab keadaan semakin membosankan buat tidak bersyukur tetapi makin lama makin mencabar kewibawaan aku sendiri aku rasa.Tapi tak pelah,ini mungkin dugaan dan dugaan yang mampu tempuh.So doakan aku tabah menempuhi semua ni dengan berlapang dada. Insyallah!

Haihh..Hari tu cuti labor day,sempat hokeh aku,Along dan Alang aku plan last mins pergi vacay untuk sekian kalinya,destinasi kali ni KL je,sebab time tu,semua daerah daerah serata Malaysia dilanda jammed tahap macam hari raya.So weolls decide pergi KL je kira balik kampung kiteorang jugak orang KL :p

Oh..terlupa nak bagitahu cuti 1 May tu jadi panjang disebabkan bersambung dengan hari Wesak. So dari 1 May tu,jatuh pada hari Jumaat membawa ke Isnin 4 May,gila best cuti kan?Kami 3beradik & family memasing ke KL. Check in dekat belakang KLCC..KL sangat kan?haha! Hotel The Zon KL tu je kiteorang pergi but quite nice kot sebab betul tengah tengah KL tu.Memang best la kot.Motif Vacation adalah "Saja saja,takde pergi mana hari cuti" haha!Belanja budak budak mandi kolam.Sebab keturunan kiteorang memang taksub terhadap pool since Along aku lagi. So zaman aku memang dahsat la tahap taksub mandi kolam ni.Ingat lagi kalau abah outstation,bawak kiteorang..aku mesti cakap dengan mak "mak pilihlah hotel ade kolam" hahha!

Nah tengok bebudak ni mandi..aku tak mandi sebab ramai sangat segan lah..


Dah tua uolls,so segan skit la nak beraksi ni..haha!

So kepada sesiapa nak stay kat The Zon ni aku bagi 3 setengah bintang untuk keseluruhan dia.Sebab Hotel lama,so paham paham sendiri la eh..Tapi still ok lagi,takde yang tak best lah..hehe!Ngantok lah sebenarnye ni..Tak berapa nak hade idea plak kan..Apa apa teruskan tengok la ape yang hade ni..Ok!

Ok abaikan muke huduh hamba!
Selfie dengan Abah & Makcik

Jadi Life Guard je,malas berendam!

Deting inclusive tau macam GST!haha



Monday, May 11, 2015

Selamat Hari Mak!

[Mood sedih] - Lambat Publish

Salam
Hari ni 10 May,hari ahad diminggu pertama bulan May..jadi,hari ni adelah "Hari Ibu" untuk satu dunia. sebelum terlambat aku nak ucap SELAMAT HARI IBU kepada kakak aku sendiri Along. Kak ipaq aku, Kak Ira dan Kak Lisa.Semoga dikalangan muslimah yang dilindungi dan dirahmati hendaknya.

Seperti biasa kalau cite pasal Mak je,aku akan jadi super sensetif disebab kan Mak aku dah 4tahun meninggalkan aku dan sekeluarga,tetapi pesanan nasihat dan tunjuk ajar beliau tak pernah lekang dari ingatan aku mahupun dari sudut hati aku ni.Insyallah,aku akan menjadikan semua itu adalah guide dalam kehidupan yang penuh mencabar dan dugaan ini.MashaAllah!

Aku ingat lagi yang aku pernah bagi satu satu nya hadiah untuk "Mother day" yang aku tak ingat tahun bila dan aku umur berapa tetapi dah sekolah menengah yang pada masa tu,kedai RM2 baru diperkenalkan,so biasal la kan dalam kedai RM2 macam segala semua ada,dan pada masa tu aku ternampak satu frame gambar yang terukir sorang anak kecik perempuan dan ibunya saling berpelukkan dan bertulis "Love Mom" dan time tu kawan se asrama aku menegur aku, "Beli la naa,bagi kat mak kau" dan aku time tu rasa "seumur hidup aku tiada siapa pun nak bagi hadiah mahu pun ucapan "selamat hari ibu" kat Mak sepanjang hidup aku.Jadi takkan aku nak bagi plak??segan ahh" tapi atas dasar asakkan kawan tadi,aku beli jugak,dan simpan sampai balik rumah hujung bulan nanti. Tapi dalam menunggu sampai masa balik tu,aku asik berfikir yang dalam keluarga aku ni,adelah keluarga yang tak lah "sweet" macam rata rata keluarga yang saling memuji,mengucapkan,membelai,memujuk dengan kata kata yang manis bila setiap kali perbuatan,kelakuan,keputusan mahupun pencapaian masing masing.So,Memang kiteorang paling paling akan belanja makan,bagi hadiah tak pun akan pergi vacation.

Sampai la hari balik rumah pada hujung bulan.Sampai je rumah aku still berfikir "ok ke bagi ni,ke Mak akan gelak sebab aku buat benda yang takpernah adik beradik lain buat??"tapi aku macam teringat kawan aku cakap "Mak kau mesti suka la naa,anak dia yang bagi kot,mnae ade mak yang tak suka dapat hadiah ke ape ape dari anak sendiri..bagi je" So keesokkan tu,aku bangun pagi je aku terus nekad untuk bagi frame gambar tadi.Time tu aku nampak je Mak aku nak turun bawah, aku cepat cepat panggil "Mak!Selamat hari ibu..nahh hadiah" Mak aku terus senyum dan peluk pipi tu cium aku..dan time tu aku terus teringat kawan aku cakap "Mak kau menti suka punya" dan skang memang aku nampak sendiri mak aku suka dan appreciate sangat even tak seberapa hadiah tu.Terima Kasih Mak sebab Mak tak pernah nak complain atau bercakap bila Nena cuba jadi lain dari yang lain.

Selepas kejadian tu,memang satu tu jelah aku bagi pun hadiah sempena hari ibu,sebabkan aku cakap tadi yang family aku ni bukan type suka meraikan pun,semua busy sendiri sendiri je sampai la sekarang ni,dan tiada "hurt feeling" bila masing masing tak ingat pon birthday ke hari ape ke,adelah sangat takde masalah.hehe!

So cerita pasal hari ibu ni aku tersangat la takde,sebab kiteorang banyak sendiri diluar dari selalu berkumpul.tapi sempenah hari ni adelah "Hari Ibu" aku nak buat skit ucapan yang aku rasa mungkin tak aku,mungkin anak cucu aku plak boleh baca selagi blog ni boleh dibaca :-

" Kepada Mak yang selalu dihati dan yang selalu Nena rindui, sempena hari ni hari ibu,Nena ucap selamat hari ibu kepada Mak yang telah banyak berkorban untuk Nena sampai hingga hujung nyawa Mak,Nena rasa takdapat  balas jasa dan pergorbanan yang Mak bagi kat Nena.Tapi hari ni kalau Mak masih ada,Nena sangat berterima kasih dan nak ambik kesempatan bagi ape yang Nena rasa gembira dengan Mak.Sepanjang Nena dibesarkan,Nena tersangat la rapat dan sentiasa bersama Mak. Jadi ketiadaan Mak tu tersangat la dirasai,tapi Mak jangan risau tau,sebab Nena dalam keadaan ok,selamat dan gembira,Insyallah.So,Mak tenang la disana sebab Insyallah Nena selalu kirimkan keperluan Mak kat sana. Oklah,rasanya macam tak pandai plak nak bagi ucapan panjang panjang dan penuh mesej.haha!!"

Salam Rindu dari anakmu,
Nena - 2015

Haihh..setiap kali buat surat la,ucapan lah ape lah..tak pernah tak banjir satu bilik ni.Bila la aku boleh jadi kuat yang tak perlu jadi super sensetif macam ni..kena kuat!kena kuat!!tapiiiiiiiiiiiiiiiii aku tak mampu jati diri yang sangat rapuh bila cerita pasal Mak.Tiada siapa boleh menggantikan tempat Mak aku oii..

Dah,panjang sangat update kali ni sebab aku dah berapa kali nages benti nages benti dah menaip benda alah ni."Kadang kadang hati wa rapuhhh jua nakkkk!!" hahahhaha! setakat ini jelah dulu,ada cerita lagi iolls hapdet lah uolls ye! k bai..

AL - FATIHAH UNTUK
ARWAHYARHAMAH
ISMAIZAN BINTI HASHIM (MARCH 2011) 


Antara gambar terakhir aku dengan Mak (Ok pergi nages japp)

Thursday, May 7, 2015

Kedah Darul Aman | Terima Kasih

Salam.
Haa..Hye uolls!
Aku tak sempat seempat haa..nak update penceritaan aku ni..nak cakap busy,macam tak..tapi memang tak sempat lah baq hang!

Ok kali ni cite pasal aku on vacay lagikkk..
dan vacay kali ni adelah sangat special kot, sebab tujuan utama bukan lah bercuti SEMATA!tetapi ade misi untuk kakak - kawan - lawan - crush - ex jiran semua la dengan dia ni..

Misi : Berjumpa dengan bakal Mak/Pak Mertua

Tarikh/Masa : 25/4/15 (Sabtu) | Lepas Isyak

Tempat : Dirumah bakal Mertua..haha!

Al kisah,pada 2-3weeks sebelum kakak ini plan dan menyimpan hajat nak bawak aku pergi ni, dia adalah cerita yang si "kawan" lelaki dia dah datang rumah lah,dah hitu hini..So untuk menyambut kesinabungan tu,dia kata nak pergi la sebab si "kawan" lelaki kakak ini dah tanya "Bila nak mai plak rumah kami?" hahah! <

So terbukak la mulut kakak ini tanya kat aku, "Nena, kalau akak ajak teman pergi Alor Setar nak tak?"yang aku ni super obses terhadap berjalan jalan ni,GILA TAK NAK?haha! aku macam jawab dengan santai "Nena ok je,jom ahh!" padahal tu aku dekat Johor kot..memang tak plan untuk cuti atau apa apa.Then lepas 2-3hari, tetibe kakak whatapps "Nena,akak dah beli tiket,kita pergi 3hari 2malam tau" aku sekali lagi,"ok..set!" sambil tak pikir ape lagi untuk cuti atau apa pada masa tu.

Hari berlalu dengan cepat,dah tinggal 2-3hari nak meneruskan misi..Kakak dah nebes,asik cakap "ok ke pergi ni,ke tak payah?" haihhh..ni semua buat aku hangin satu badan la ni..aku pantang percutian aku dihalang.sambil sambil tu nak ke tak nak iolls tak kesah..ni belum pergi dah pikir bukan bukan..Geramm hokehh!

Ok..That day lah! weolls naik flight ,senang - murah(kalau offer lah) - cepat..haha!

Let's me take selfie first!
Kiteorang naik flight malam, dalam 50mins sampai Alor Setar. takpayah bersusah payah nak drive lah,apa lah..penjimatan pon berbaloi - baloi.Tapi malam tu cuaca teruk sikit.Dalam banyak banyak flight aku naik,kali ni paling dekat dan paling scary kot..langit kilat macam konsert dah aku tengok.sebab macam flash camera tu.memang menakutkan dan plane tersangat la bergegar.dan aku super mabuk dah eh..sebab dah peluh peluh sejuk aku rasa tinggal nak termuntah je,tapi aku berjaya tahan sampai lah di saji kan makanan enak setelah selamat mendarat dekat Alor Setar.

 Memang thorbaikk wehhh!!aku selama ni,memang selalu jugak la ke negeri jelapang padi ni,tapi ni la first time aku try makan kat siti..Sangat puas hati lah kawan kawan,semua orang kena try!

So settle sehari,keesokan hari yang kami just cakap cakap je lah KALAU sempat nak pergi Langkawi sebab nak beli coklat je..lain lain nanti lah kiteorang plan betul betul next vacation..ahaks!tapi sebelum balik hotel tu,"kawan lelaki" kakak tanya.. "esok kita naik feri pukul berapa punya?" kami pun terus confident.."Seawal pagi lah..nanti kita tengok apa yang ada" hehe!Bermula lah pengembaraan kami di Langkawi - day trip! hahaha!happyyyy...

Satu satunye gambar bertiga!haha

Tunggu sampai last sebab nak snap gambar ni..

Feri kiteorang naik !besar selesa

Aku ni last pergi Langkawi pada tahun 2006 kot..So sampai situ memang macam berubah dah..memang moden la.dan since aku bekerja ni lah aku baru macam tahu pergi langkawi tempat yang seronok untuk membeli-beli.Kalau tak aku tahu,pergi langkawi adelah pergi underwater tu,jalan jalan dekat beras terbakar lah,mahsuri lah..itu jelah..hahahhah! soo sad kan?oklah,tengok lagi picture sebab dekat sana tak banyak masa jadi semua rushing..ok?hehe..


Macam biasa,senget sana sini..haha!
hahah..no caption!
Nak balik dah!
Aku doakan korang JADI kali ni #Tilljannah
hehe!
Pergi berlenggang,balik berluggage terus weolls!



Ok last but not least!ahakssssss
bai korang!

Thursday, April 30, 2015

Ada Apa Dengan Ho Chi Minh City, Vietnam (AADHCMC)

Salam..
Ahaks! Dua entry yang lepas tak bagi salam,aku dah kenapa?
Nak jadi URBAN pun takkan sampai tak pandai bagi salam dah?
Ini la dia kata "Tak Hingat Dunia!" haha!

Ok copp!! Nak cerita aku ni kalau musim vacay aku kan,memang tak ingat punya sebab contoh dia,kalau minggu ni dah pergi..ape ade hal minggu depan tu pergi tempat lain plak kan??So no wonder korang nampak aku macam ohsem pergi sana sini..tapi sebenarnye, Allahuakbar! memerlukan ketabahan tahap maksima hokehh!

Dah nak start cite kali ni, Guess Whattt?? untuk sekian kalinya,aku pergi Ho Chi Minh City, Vietnam untuk sekadar meng release kan stress..haa!kau hado?stress pergi vacay tau..haha! Ok nak jadi cerita,aku isytiharkan Ho Chi Minh City,Vietnam adalah destinasi WAJIBULJUNNAH untuk setiap tahun tau..tapi bagi aku benda ni tak di plan langsung,sebab aku takde plak pasang niat setiap kali nak balik tu "Sahaja aku nak balik ini,aku akan datang semula" takde wehh..memang takde sama sekali..tapi ade je setiap tahun panggilan untuk ke sana..jadi aku mana pandai menolak kalau bab vacay ni..haha!

So,untuk kali ke-3 aku pergi tanpa niat ni..aku dah boleh biasa kan diri lah dengan keadaan negara macam tu,sebab biasa lah negara yang minoriti orang islam,apelah lagi bangsa melayu,tapi melayu Malaysia bersepah hokeh on street pasar malam tu..sampai orang orang sana memang dah pandai melayu basic macam "tengok dulu,Murah murah,Abang,Kakak,Terima Kasih" haihh banyak jugak lah diaorang tahu..sampai kita plak serba salah tak beli,sebab kesian..haha!


Group vacay untuk kali ini..Satu satunya picture kitaorang berempat!

 Disebabkan untuk sekian kalinya aku kat sini, dan selalu "place safe" dan banyak belanja..kami memilih untuk thrill skit,kita akan ke China Town naik bas je..dan tambang hanya RM1/pax bila dah di convert kan..kalau naik teksi RM20 satu teksi..jadi kalau pergi dan balik dah RM40.. ni RM8 je..murah kan?hahah.sebab tu muka kami berseri2 naik bas dengan kadar paling murah dan selamat..gituhh!!

Tapi disebabkan confident level yang tinggi yang ada setiap sorang..kami tak study bila dah sampai last station tu,macam mana nak pergi ke Pasar China Town tu..kuang kuang kuang!time tu semua kelang kabut pikir macam mana ni?haha!tapi berkat kesabaran dan jati diri yang berani..try tanya orang local yang pronounce memasing..haiyooo!!dan kami punya pronounce untuk sebut bahasa vietnam pon..hahahhahaha!nasib orang local yang kami tanya tu,macam boleh catch apa kami maksudkan..sebab tips dia,tanya dengan orang local muka nampak educated skit..hahahhahah!

At last kami sampai,menapak jauh jugak hokehh!!Ce baca blakang tu,korang tahu ke nak pronounce kan?hihi
Bagi aku Ho Chi Minh City ni,macam jalan TAR kat KL tu je..sebab keadaan orang sibuk dengan kain kain..nak makan,takut tak halal..So memang pagi petang siang malam adelah kain,kain dan kain!aku ni dah la bukan jenis pandai dan obses terhadap kain ni..sebab selalu beli baju dah siap..beli cadar dah siap fitted..beli langsir pon dah siap gantung..So takat kain ela ni,agak boring lah untuk aku..tapi aku ni kan berjiwa besar,jadi ape saja,aku layan je..asal jangan tak cukup MAKAN!hahahah

Haihh,macam dah penat je bercerita..ape lagi eh?

nah tengok picture lagi..
Area Benh thant Market

Senget sana sini..haha!!

Gembira sangat ni..but kali ni memang best! dan banyak belajar erti kehidupan..gituh!

 Tapi dalam kegembiraan dalam gambar ni,ada la dugaan yang tak dijangka berlaku..seperti,kiteorang sampai malam hokeh kat sana..sampai2 je dekat hotel tu..tetibe dia cakap bilik kiteorang takleh pakai dan sekarang bilik semua penuh..jadi pihak dieorang dah booked bilik lain di HOTEL YANG LAIN ok!mau tak terkejut beruk kiteorang..kiteorang ni bukan dari KL nak pergi PENANG or what else tau!bari malaysia..takkan nak balik or nak merempat?goshh!!tapi kiteorg bajet2 cool..layankan je..alhamdulillah,berkat kesabaran kiteorg,pihak hotel tu bagi hotel best dari hotel kiteorg booked!haha..memang mencabar betul lah!tu la orang cakap INSYALLAH..ADA JALANNYA! gituhh!hahahhah

Dah..Oklah korang sampai sini dulu,next entry ade lagi..tapi hari ni rushing!So,Abih kiteorang 3hari 2malam yang sangat "Girl Days Out!" haha!Tengok picture puas puas ok bai !



Kat airport,nak balik dah!

Bye Ho Chi Mnh City,Till meet again!


Saturday, April 11, 2015

東京日本

Hahaha, Tajuk nak power..Tapi pakai "google translate" apakah??haha!

oklah oklah, since dah macam rasa ada semangat balik untuk belog ni, aku tidak langsung rasa berbesar hati untuk share percutian untuk sekian kalinya untuk tahun ni..

Untuk pengetahuan korang,percutian kali ni,tersangat la tidak dirancang sama sekali, kes redah terbalik tergolek..TAPIIII alhamdulillah sangat lancar dan happy with moment.Gila tak, dapat pergi Tokyo kot, memang tak pernah rancang lagi dalam life selama ni untuk jejak kan kaki kat sana.Yelah semua orang tahu, currency dieorang tersangat la tinggi dan barang sangat mahal.Tapi berpeluang jugak.Ini semua kerja Alang (Abang aku) yang push aku untuk pergi,even aku sangat berbelah bagi time Alang aku hajakk..Tapi bagi aku,kalau Alang aku tak ajak memang sampai bebila kot tak pergi..sebab secara jujurnya kalau tak berani,kau akan ke loser an kat sana.. Ok, rehat jap tengak gambar aku,Alang,Kak Ira(Kak ipaq) and Nephew aku..Sampai je kat airport Narita - Japan.

Time ni sampai pukul 9am..muka tak mandi semua!

Ok sambung balik..

Sampai sampai je,kiteorang dah tak tentu arah sebab blur bangun tidur,plus macam tak tahu nak buat apa plus DAH SAMPAI JEPUN kot!!!super exciteddddd...Then atas semua ilmu ke study an Alang, kiteorang ala ala pro je terus pergi kaunter untuk buat macam kad "touch n go" tu untuk naik tren.So kitaorang dah buat semua tu,settle..TOKYO HERE WE COME!

Gambar kat atas ni,kiteorang tengah tunggu tren untuk ke Tokyo. Alah, macam ERL kita kat mesia ni..boleh terus sampai KL dari airport..Then kitaorang naik lah ketapi laju ni,mengambil masa selama 1jam lebih jugak untuk ke homestay kitaorang dekat area "Motosumiyoshi - Kawasaki" sampai  je,bermula dah untuk try hidup cara orang Jepun yang bagi aku "Takde Life" sebab life dia adelah kerja dan dunia kot..yelah, diaorang bukan macam kita dunia nak,akhirat pun nak kan..So, life dia sememangnya kerahan untuk dunia.So sad! hahah..

Bila sampai dekat station tren tu,nak ke homestay kiteorang, Kiteorang decide naik cab jelah sebab nak carik orang orang kat sini tersangat susah lah nak communicate,membawak ke driver cab dia..Haihhh,gigih la nak cakap pergi alamat kitaorang bagi tu..dia sibok nak tekan GPS dia..tapi tak tahu nak tulis apa..Sesi itik dan ayam sedang hangat berlaku dalam teksi yang meter die sedang berJALAN!!!hahahahah..Tapi kiteorang cool je..ape ade hal hari first kan??hahah..dan akhirnya,Alang aku terpaksa tunjuk gambar gambar yang sekitar rumah tu dan akhirnya JUMPAAAA!!hahaha.. kitaorang kena bayar tambang yang untuk satu round je sebenarnya sebanyak 47 dalam Ringgit mesia.. hahhaa padan muke!

Dari station tren ke rumah
Bagi aku negara Jepun ni tak boring kalau orang orang dia takpayah ketimuran sangat lahhh..maksud aku ketimuran tu,sopan tak bertempat..behave urself sudah..ni dalam tren,senyap-sopan..kat event senyap-sopan..semua lah dok hadap la tengok hp memasing,rasa macam "kau ni takde gosip ke,cite ke nak borak dengan orang?"hahahahh..aku,Alang dengan Kak ira kemain bising berborak dalam tren kot,ketawa dengan cara orang orang dia bekerja,menjalani rutin..tersangat lah membosankan..

Haa by the nak cakap tak bosan tadi,tengok jelah dalam gambar atas ni,sangat meriah kan,disajikan kedai macam macam sepanjang untuk ke tren station.So ape lagi korang nak wahai rakyat jelata Jepun??hahaha

haihh,macam banyak lagi nak cita ni..tapi dah penat type plak..aku cuba mana termampu eh?sebab gambar dah upload rugi plak tak teruskan..

Nah tengok lagi la gambar eh.. heheheh!
Pergi Tokyo Disneyland!
Sampai malam bertapa kat situ..tapi Jepun kan cepat malam..
No wonder!
Sorry kecomotan disitu..sejuk dia takleh handle,Outdoor 5-6jam kot!
Cakap pasal disneyland,memang sangat seronok!yelah dari kecik kot teringin nak pergi..kira dream come true!hahah..

Tapi tak tahu aku mengambil langkah untuk nikmati moment yang ada kat situ..sebab satu ride pon aku tak naik..sebab baik aku,dah dapat masuk itu adelah nikmat tak pernah aku pikir aku dapat..Jadi aku sangat enjoy tengok Parade la..bunga api lah..Mascot yang super cute dulu tengok dalam katun je,ni betul betul depan mata..tapi satu je perangai aku racist skit,kalau aku pergi overseas,aku akan rasa geli dengan local sebab aku rasa dia bakal menyusahkan aku,that means aku kena samak..if bersentuhan or dekat dekay"aku dah kenapa??" hahhahahahahhahaha!!racist kann kannn? k baii

Abis cite disnesland,untuk malam keberapa tah kitaorang decide untuk berjalan jalan area Tokyo..Lagi pun kan kat TV ade cite Zizan Jejak Jepun tu agak terpengaruh hokeh!!kiteorang carik station station dalam cite tu,antaranya : -

RAPPONGIIIIIII!!!hahahah..jakun kann..what to dooo :p
Ok serious penat!

Sambung skit lagi eh..
Dah kata pergi time winter,rugi plak tak pergi bukit bukit untuk main salji kan??
ok we'oll pergi okehh...dan salji sangat baik hati turun dengan lebatnye..membuatkan first time aku,sangat ohsem kot..dan kitaorang memang menggunakan kesempatan yang ada sebaiknya..sampai langit gelap la main salji..tapi baru pukul 5pm mcm tu dah magrib..hahhaha!!

My lovely Family..yeahhh!!

Bajet bajet candid huh??hahhaa 

Sedutan kitaorang main slide!heheheheh

Klaka kan,orang orang jakun kan??
oklah last day,kitaorang pergi signtature kalau datang Tokyo tak pergi snap picture kat situ tak sampai Tokyo la namanya..gituuhhhh!!hahahha
Overall,sangat seronok lagi pun tengok anak anak buah aku dah macam anak jepun dah..cute!!gerammm..Then dieorang sangat selesa pergi timw winter macam ni..Ok dah,siap satu post untuk TOKYO-JEPUN untuk kali ni..hehe!! Apa apa aku sangat bersyukur diberi peluang yang sangat Allahuakbar!!korang kena rasa sendiri jugak tau!! Oklah,penat taip dah ni.kalau ade typo ke ape..pandai2 la reach sendiri word ape aku nak cakap..hahhahahha .. Baiii

Thursday, April 9, 2015

Vacation . Food Hunter

Ohhh hye! 2015 tak update kan?Sebab terlupa pulak kewujudan blog ni..So untuk membukaan kali ni, terima lah  bermotifkan smart..padat..sampai..ok nah lah,tengok picture aku pergi jalan..makan dekat Hatyai! kbai hahahha
Ok abaikan model yang gemok ni..hahhaha!!

Makan time!!

Tuttut..11orang..mampu???hahaha


Hotel weolls tinggal!!thanks for 3day 2night 

first time makan Somtam dan terus jatuh hati!!sape pegi sini please tapau untuk iolls!

Monday, December 29, 2014

Semakin Hari Semakin Ketandusan


Salam,

#SuperThrowBack punya cerita..
Sampai aku pun tak sure bila cerita ni berlaku.. haha! ok tak klaka..

So untuk pertama kali untuk tahun ni punya entry,aku nak war war kan bahawa blog yang tersegam cute ni sudah hampir berumur 6 tahun.Tapi entrynya takda lah sebanyak tahunnya.. haha! ok tak klaka lagi.

Semakin hari semakin ketandusan sebenarnye nak bercakap tentang entry aku,disebabkan semakin lanjut usia,semakin kekangan masa menghantui aku..Walaupun aku takda lah se busy mana,tapi entah lah,kemana pergi masa masa aku berlalu macam tu je. Maafkan saya duhai belog. Setakat ni aku tak pernah terpikir untuk tutup je blog ni,sebab aku buat blog ni pun memang untuk tatapan hari tua. Sebab aku ni bukan seorang yang banyak mencipta sejarah..Opss!means dalam life aku lah,aku ni suka tak tiru lifestyle orang that why sangat susah lah nak cipta sejarah.. Sebab orang tak buat,aku buat,lebih kurang macam tu lah gamaknya.

Ni aku nak buat review jelah kot sepanjang setahun ni apa jadi dekat aku... (Apa yang aku ingat jelah)

Awal tahun 2014 ni, aku memang dah decide untuk meninggalkan company yang agak lama la bagi aku berkhidmat dekat situ,sebab aku resign pun sebenarnye takde lah terlalu berat. Tapi bagi aku, kalau still bertahan aku takkan kemana,melainkan aku mengundurkan diri..Giteww!So, berakhirlah khidmat aku kat situ on hujung Feb tak salah aku,sebab aku bertahan sampai Feb pun tunggu replace keje yang lebih menjana kerjaya pada masa akan datang.. Gitewww lagi skali! haha

Bermula la kehidupan yang baru ditempat baru, kerjaya yang baru, semua lah baru..membuatkan aku rasa sangat tercabar kat diri sendiri sebenarnye,sebab aku keluar dari zon selesa yang sebelum ni, sampai aku fikirkan betul ke keputusan aku untuk keluar dari zone selesa tu. Untuk bulan pertama sampai bulan kedua memang aku akui yang sangat stress dengan sangat tidak selesa dengan persekitaran tempat baru, tapi aku cekalkan hati untuk buktikan keputusan aku tak salah.Hari demi hari, aku lalui dan membuatkan aku terfikir kerjaya tu bukan soul aku dan sekali lagi aku membuat keputusan untuk resign untuk sekian lagi.haha! Aku kerja dekat situ, dalam 5-6 bulan jugak tapi aku tak mampu untuk selebihnya.. <<< ayat sedih!

Yeahh!!aku bebas dari segala company untuk 2-3 bulan, sempat la aku pergi holiday plak, first vacation aku pergi Kota Kinabalu,Sabah yang memang aku dah plan dengan ofismate aku yang dulu. Memang nak tak nak pergi saja lah dan memang tak menghampakan baq angg!!Dari ke darat membawa ke dalam laut memang semua sangat best!lagi pun, kami di guide oleh ofismate aku yang pernah pergi, jadi benda benda jadi smooth jelah.. (kat bawah bawah nanti aku upload pic nahhh!)

Dalam cuti cuti honeymoon tanpa pekerjaan tu, aku sempat plak plan lagi for next vacation on May tak salah aku lagi.. Kali ni pergi jauh skit overseas baq angg! kita pih ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Even do, aku dah pernah pergi,tapi tak tahu kenapa Bandar tu menjadi pilihan aku,walaupun takde lah best sangat mungkin sebab rasa duit banyak sebab mata wang dieorang rendah,jadi tukar dengan mata wang Malaysia rasa banyak duit lah..Dan buat kali pertama aku pergi vacation dengan paparich and with another kawan sekolah aku dengan tunangannya,even do for the first time vacation sesama tapi kiteorang pergi overseas terus hokeh!kalau dah kawen nanti tak pergi overseas aku tak tahu lah  (-_-")

Ok,sambung cerita balik..

Dah nak dekat 2-3 bulan aku honeymoon takde kerja tu,time tu lah Bulan Puasa,Hari Raya Aidilfitri, dan ramai la kawan - kawan berkahwin..jeles jugak tenguk orang kawen lagi lagi kawan kawan setilam sebantal aku yang mempunyai ahli seramai 6 orang dan 2 yang kawen tahun ni,next coming Januar 2015. So as usually, aku sentiasa jadi yang bongsu dan yang last dikalangan dieorang.Aku tak kesah sebenarnye tapi siapa taknak kecapi kebahagiaan kan?gitewww!
Insyallah, aku pun ada planning sebenarnye tapi belum masanya untuk bercerita kot sebab dengan tak pasti lagi..Harap dapat doakan yang terbaik ye..

Sekarang sempena hari ke-3 last untuk 2014 ni, Alhamdulillah, update yang latest ni aku dah ada kerjaya baru,tempat baru dan suasana yang baru.Harap tahun 2015 akan dapat bagi aku sinar harapan yang baru..Insyallah! Anyway,sempat jugak buat review untuk setahun ni,takde benda yang menarik tetapi untuk tatapan hari tua kelak mesti menarik kan? Insyallah.

Oklah,Meh tengok picture yang ada sepanjang tahun,,

(Menaip tanpa semak semula,kalau tak paham ayat aku,pahamkan jugak!hehehe)




Resign Kali Pertama!

Resign Kali Ke-2!

Kota Kinabali, Sabah

Ho Chi Minh City, Vietnam







Friday, September 6, 2013

Random sangat!!

Salam..

Hi korang..Rasanya sempat lagi nak ucap,Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H..Since dah habis puasa,dah raya memang tak lah nak tulis entry baru..Ni baru ade nafas untuk penulisan seterusnya..Actually,bukan senang sebenarnye nak spent masa untuk bende ni,lagi-lagi dah keje plak..So,bende ni adelah normal kalau "kau dari zaman study create blog,then time dah zaman bekerja ko tinggalkan blog ko" tu memang fitrah manusia kat Malaysia.Aku bukan lah para research yang mengkaji probability rakyat malaysia ni..tapi memang fitrah lah!

Ok sekarang menujukkan jarum pendek jam pukul 9..jarum panjang jam pukul 11, jadilah pukul 9.50pm yang dalam keadaan yang cuaca baru lepas hujan..dan aku tak pergi jogging pon,sbb malam jumaat nak bagi hadiah kat mak..ok full stop..cite lain...

Setiap orang mesti akan alami benda yang sama banyak kali dan tak pernah serik atau belajar dari ape yang terjadi,kenapa eh?sebab malas nak fikir part orang lain?takpon,dah biase dengan orang luar yang memang tak akan habis bercakap sesuatu..memang susah lah nak cakap kepada type orang yang macam ni..tapi kalau boleh,kita as sesiapa pon kita patot ade sense of human even lil bit lah paling komann..pelik betul..dah k bai !!

Thursday, July 25, 2013

Kadang-kadang terfikir juga,tapiiiiiiiiiiiiiiii

Salam,

Toraaa datang lagikkkk!!tetibee??haha!(ok, annoy!)
Takdelah tetibe nak cakap yang aku ni selalu terfikir ape yang akan terjadi lepas ni??memang aku akui yang life ni akan jadi macam roda lah,ada baik buruknya lah..tapi sampai bile?serious aku slalu terfikir,dan berdoa agar semua onak duri,suka duka yang aku lalui ini akan dapat aku rasakan sampai la hingga hujung nyawa..Ye!aku tahu yang kadang kadang orang akan cakap "asal la ko nak fikir semua ni??takyah fikirkan sangat,nanti membawa padah!" Katanyaaaaaa.....tapi bagi aku,aku memang kena fikir sebab mulut aku je yang slalu aku berkata "abaikan lahh"tapi dalam hati ni,tuhan jelah yang tahu..

Sejak dua menjak tiga menjak ni..aku memang agak memikirkan ape pulak lepas ni??takpun,ade lagi ke lepas ni??sebab aku memang hamba yang lemah tak sekental manusia yang mampu menempuhi cabaran hidup yang penuh drama ini..memang satu dua kali kita akan terjatuh dan cuba bangkit semula yang kononnye kita nampak kuat dan hebat..tapi sebenarnye takkkk!!memang menampakkan semua tu bagi kita cukup teliti kita olahkan bagi orang tak perasan pon yang kita ni tengah upset ke,tengah ever happy ending ke kannn??jadi aku sangat lah menjadi seorang yang agak gentar untuk menunggu hari hari yang mendatang sebab bagi aku,dia memang kena bersedia mental dan fizikal..

Cuba kita ingat balik,time kita kecik kecik..kita takpernah fikir yang esok kena ready sebab ade dugaan yang bakal datang,so kena berjaga jaga..time tu,kita tahu cakap dekat kawan "eh esok kita main lagi taww!!hahha (ketawe riang)" skang??kalau cakap macam tu,mesti fikir esok ade hal ape ape tak??takpun ade janji dengan sape sape??ehmm...susah kan,nak buat keputusan pilihan ngan betul dan memuaskan hati semua pihak..takde orang yang sentiasa berpuas hati ngan kita ni,so jangan bermimpi la semua orang suka kita..tapi tips die,jadi lah orang yang menyenangkan,sebab zaman skang ni bile someone tu lebih messy lagi kita menyampah..sebab semua kena sediakan,buatkan tak pun kena tunjukkan bagi die senang.

Tah lah,kadang kadang hidup skang ni,bukan semudah makan mekdi yang boleh drivethru tu,duduk je dalam kereta,makanan dapat..perut kenyang..hati je tak senang senang..So macam mana nak senang banyak gile fikir hitu hini,keputusan lagi..tak ke parah tu??tapi tu la hakikat hidup,antara sanggup dengan tak je..Insyallah,selagi nyawa dikandung badan budi yang baik dikenang jua..haha. Tetibe!!sebenarnye nak cakap selagi nyawa dikandung badan Insyallah aku akan terus kuat melangkah untuk menentukankan masa depan sendiri..Dah,panjang sangat plak bercakap ni,sebab tetibe rasa semangat jadi teruskan jelah kan??ok lah..sini dulu taw,nanti ah cakap lagi.. K bai

Wednesday, July 17, 2013

Kalau Rajin


Salam

Hikhik..memule lagi dah gelak sebab rasa macam gedik sikit pagi ni,semua sebab encik paparich pepagi konon-konon suwet..Ok uolls,hari ni aku rajin hantar entry ni sebab aku ter edit picture detim weekend ritu..sebab memang kadang-kadang time down,rasa nak lari jauh-jauh dari semua ni,pastu nak kawen je dengan sesiapa moga-moga orang tu akan mengubah yang berat kat atas kepala ni. Tapi on situation jugak,aku memang takleh terima ape yang aku dah plan bertahun-tahun gamaknye.

Tapi aku percaya satu hari nanti semua ni akan berakhir, jadi mari lah kita panjatkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah S.W.T yang tak putus-putus memberi rezekinya. By the way, nah tengok gambar jelah eh..haha!

Besaq sikit bagi clearrrr!!

Friday, July 12, 2013

Bulan Puasa adelah Bulan Ramadan

Salam..
Time bulan puasa ni,ramai lah berebut rebut nak buat amal lebih daripada bulan biasa, So company aku pon tak terlepas lah nak buat amal untuk staf staf nye,dengar cite senior kat office ni cakap, memang tiap tiap tahun akan dapat hamper bulan puasa.Alhamdulillah,semua semua dapat sikit sama sikit, asalkan semua dapat merasa hamper bulan puasa ni..Tapi sebenarnya cakap sikit tu,takde la sikit sangat,kira ok dan aku memang hepi..hehe

Sempena bulan puasa ni,kita sama-sama la tingkatkan apa yang patot,sebab nak cakap semua dah besar kann..kann??So pandai-pandai la nak hidup dunia & akhirat..Insyallah

Kali ni sini lu,sebab ni kat office sebab nak balik aku curik time nak buat post ni..Haa..lagi satu,aku dah tuka header ulloss!!ini semua angkara kakak ofis aku create untuk die,so aku mesti la takmo kalah..haha!ok, Selamat berpuasa untuk semua..k bai


Aku balut,aku dapat balik..
hahha!

Monday, July 8, 2013

Ohh!ini tarikhnya..

Salam..

Tadi balik dari ofis dalam keadaan stress,penat dengan down..tapi aku tetap teruskan langkah ku sampai la dalam bilik..tetibe,aku teringat hari ni 8/7/2013 adelah ramai kenalan aku lahir pada date ni..termasuklah Arwah mak..So mula la aku nak sensetif tak tentu hala..tapi memang aku akan super sensetif kalau ape benda saja kena-mengena dengan mak..

Kalau mak ade lagi,aku nak cakap kat mak macam ni "mak hari ni nena balik lambat sebab macam-macam kena buat pastu kena submit malam ni jugak..tapi nna tak penah lupa birthday mak taw!!"kalau mak ade,aku mungkin akan perhabih duit gaji aku bersama mak,sebab dari kecik sampai aku besar,aku suke perkena mak aku,untuk dapat pendapatan yang lumayan..tapi semua ni tak mungkin berlaku dah..aku kena berpijak dibumi yang nyata,aku kena tabah harungi hidup ni tanpa dorongan dan sokong mak lagi..takpelah mak,yang penting nena memang letakkan mak dalam hati nena dalam-dalam bagi takde sape pon yang boleh kuarkan mak dari situ..

Untuk ulang tahun kali ni,genap 2tahun mak tinggalkan nena sorang diri..memang secara kasarnya abah,adik beradik,sanak saudara dan sape sape lagi lah ade bersama nena..tapi bagi nena,memang takde yang tahu diri nena macam mak tahu diri nena ni..Nena memang sedih sangat sebenarnye,tapi nena taknak sesiape mahupun mak tengok nena sedih..nena tak suka org lain sedih sebab tengok nena sedih,tak cool la kan?takpe,mungkin semua kedukaan ni akan berakhir suatu hari nanti..kite cume tunggu dan lihat,tidak lupa bersabar sepenuhnye..kann..kannn..kann?

Dah,ni sebenarnye nak tido dan first time write up blog ni pakai ipad,so far macam cool jugak,aku je tak penah try..hehe!k bai

Tuesday, June 4, 2013

Saya mintak maaf 2013, sebab ini yang first

Salam..

First of all, nak bagi tahu yang dah lama gilew tak hapdet..BertahunSebab skang diancam fenomena apps yang macam - macam dan sangat best..That why lah,tak de nak update pon belog ni,dah rasa tak penting pon ade..soo sad kan??takpelah belog,selagi nyawa dikandung badan saya akan cuba untuk update skit demi sedikit untuk memenuhi rutin harian..gitohhh??hahah..

Dah,untuk entry first pada tahun ni,mukadimah dia mesti puitis skit kann,sebab lama tak berkarya katanya!!Tapi takde lah sampai nak panjang menjela..Just for uolls punye information je..

ok dah..Tu je buat masa ni,sebab belog ni sebenarnye lebih prefer untuk deco-deco interface je..Tapi tak cantik-cantik pong!!hahah.. K bai

Saya dah besar dan membesar da!


Wednesday, November 28, 2012

Lama Tak Jejak

Salam..
Lama sungguh tidak ku jejak disini..Nak akhir-akhir ni baru teringat ade blog..
Kalau ikutkan banyak je benda nak cerita tapi tak tercerita..
Nanti lah..nuyear kot! ahaks..
Tahun baru,cerita baru..tak gitu??
Ehmm..Skang ade niat nak tukar template..tapi tak berkesempatan lagi..Tengok la keadaan nnt :)
Ohh..lagi satu,maaf sebab lama tak lahirkan nurkilan kat sini..SORRY  

Sunday, March 18, 2012

~ Surat Untuk Mak ~

Salam..

Kehadapan mak yang sentiasa berada didalam hati dan ingatan nina..Tujuan nina tulis surat ni,sebab nina rasa one day kalau nina rindu mak,boleh nina baca lagi surat ni..So,sempena hari lah tarikhnya,puas malam tadi air mata ni tak leh berhenti..Tapi nina cube jugak untuk bertahan,dan time tulis ni pun still tak hentinya..Takpe lah,asalkan nina boleh cerita ape nina nak cite kan..First skali,setelah setahun ni nina baru 3-4kali je pergi sorang diri ke ke pusara mak,sebab nina macam tak boleh lagi..Kalau pergi pun,nina betul-betul kena set on mind..Kalau tak,nina nak turun kete pun nina rasa lemah sangat..Tapi mak jangan risau,nina tak pernah lupe lagi untuk kesejahteraan mak disana..Nina harap sangat mak dapat berehat dengan tenang tanpa kesakitan yang dialami kat sini..

Sebenarnye kan,nina pun tak sanggup dah tengok kesakitan yang mak alami sepanjang perjalanan untuk meneruskan hidup..Tapi nina tak sangguh jugak kalau mak tinggalkan nina,sebab macam lost mak,kawan,teman semuanye lah..Tapi semua takdir dah ditentukan,nina redha dengan bukan sesiapa nak tahan tahan takdir..So sepanjang setahun ni,macam macam dah nina cuba untuk sesuai kan diri untuk survive..Pastu kalau mak nak tahu nina dah teruskan perjuangan oven kite..Syukur alahamdulillah sambutan yang tak pernah putus lagi,tapi nina tak sehebat mak ade modal sendiri..Nina takde modal sendiri,so nina pinjam dulu ngan sape sape,pastu lepas dapat rolling modal,nina ganti lah balik..Selalunye abah lah dana yang paling terdekat..hehe!

Jadi skang nina rasa ok je untuk survive tanggung diri sndiri..mak tak yah risau lah sebab semua dalam keadaan baik dan sejahtera je..Lagi lagi abah,nina nampak abah pun tengah cube jugak teruskan hidup macam biase..nina dengan semua pun tak penah nak tinggalkan abah sorang sorang sebab takmo abah rasa sunyi sangat..Cuma sekarang business abah pon alhamdulillah bertambah hebat,so macam macam abah beli untuk kepuasan diri die kot..kiteorang ikot je..Tapi abah slalo je sebut "kalau mak ade ni...................",nina slalo berdoa agar mak bahagia je disana macam kiteorang kat sini..

Hari yang mak dipanggil pulang ritu,kan along tengah mengandungkan..Sekarang dah bersalin dah,umur baby tu dah 10bulan dah,along letak nama die Muhammad Wafiq..Mak memang tahu kan baby laki sebab along ade cerita kat mak sebelum mak koma sebulan ritu..So skang along ok je,teruskan kehidupan macam kiteorang jugak..Tapi nina rasa mesti along sedih jugak sebab time dia pantang mak takde dah nak tolong tolong..Tapi nina dah sehabis baik dah bagi along tak rasa sangat ketiadaan mak,nina pon kesian je tengok along dalam pantang tu,sebab semua buat sndiri..Mak abg nasa time tu pon tengah sakit,so tak dapat nak tolong macam mak buat sebelum sebelum ni..Tapi semuanya dah selamat sekarang..kembali seperti asal..Cucu cucu mak pun berada dalam keadaan ok dan dapat terima ketiadaan 'uwan" dah kat dieorang..

Pastu pasal angah pulak semua dalam keadaan baik,ritu mak sempat tengok dia nikah kan,so skang angah kahwin dengan kak lisa,dengan die pon tengah mengandung..Angah skang apa apa je dengan abah..So,takde lah abah risau macam dulu angah kemana semua,die skang ada je kat rumah takpun dengan abah..Dia tinggal sini jugak,jadi nina ngan abah takde la rasa kosong sangat rumah ni..Pastu alang pulak,alang dah kahwin sekarang..Mak tak sempat nak tengok majlis tu..Tapi tak pe,majlis tu semua berjalan lancar dan meriah..Tapi kiteorang tak pernah lupekan mak..So,nina harap mak akan baik baik saja disana dan atleast tahu serba skit pasal kiteorang kat disini.. Sekian.. ~ Al -Fatihah ~

Wednesday, October 5, 2011

~ Usaha Benda Tak Perlu ~

Salam.. Tetibe mood update ala-ala macam dulu dah ade skit..kadang-kadang memang 100% menyampah tengok blog sendiri..tapi since update ritu,ade jugak yang menegur,kira ok la tu kan..KAU HADOO?haha!Ok,la ni nak mentions skit sebab pakai desktop yang dalam sebulan boleh dikira la orang-orang dalam rumah ni guna..Bukan ape,sebab semua dah ade lappy sendirik..Lagi-lagi haku kan,macam dah tak bole nak duduk ke hape kalau dengan lappy..Memang baring sajok,sebab kalo duduk macam sakit pinggang..* padahal time tade lappy sanggup mengadap kat desktop ni sampai 4-5am*mampu?..Mungkin faktor malas aku semakin meningkat macam umur gitew!haha..


Dah,aku sebenarnye nak cite..Tapi takde cite...Okok,macam ni..Lately ni,aku macam terperasan yang aku selalu buat bende yang tak perlu tapi memang outall la orang kata..haha!meh 1 contoh,sebab aku rasa aku bijak dalam math,ini cerita dia..Hari tu aku pegi kedai,beli benda..aku tengok harga kat tag dia tunjuk tu,rm5.99 around rm6 la kan..Tapi dia ade offer "TwinPack" dengan harga rm13.99..So aku yang sangat pengguna bijak ni,aku pikir kalau beli satu-satu ni..paling-paling rm12..Kat situ dah jimat rm1*walaupon* haha!Dengan bangga amik la yang satu-satu ni..Sekali cashier tu touch je kat mesir dia tu..RM8.99..Aku cakap dalam hati "shatttt!!!penipu la tag tadi tu,cakap rm5++.."dalam keadaan muka cool,ala-ala orang banyak duit,ape ade hal kann??*mampu?* haha!So aku bayar jela,macam tak ikhlas je aku rasa time tu..


So moral of the setori,takpayah nak susah kan hidup kalo orang dah sedia kan..sebab kita tak mintak,dia yang nak kasi.."REZEKI JANGAN DI TOLAK" ye kawan-kawan!


Pastu,takyah jugak nak rasa hebat sangat,nanti bende-benda yang simple macam ni pon TERKENA sendiri..TABAHHH!Penat cite..walaupon screen ni macam besar gilew,nampak sekor-sekor hurop ni..
K Bai!

Friday, September 30, 2011

~ Tetibe Pusing 360darjah Punye Cerita ~

Salam.. Prghh,lama betul aku nages kann??tapi aku tipu je..takkan berbulan-bulan aku nages kot..tapi aku tipu jugak kalau aku cakap aku tak nages..skang aku super sensetip kalau tengok drama ke,film ke,yang ke arah cerita ibu,mak,mama,mummy ahhh so on lahhh yang korang panggil..So,hari ni nak comel-comel skit sebab lama sangat-sangat tak update entry baru..sebab ape?haaa..itu kita tak tahu tu..nih aku nak show off anak-anak buah aku punye posing kott.. Mood : Comel-comel mintak penyepak! Situasi :Sukanya bila mereka ceria!
Pemain Malaysia 2030..Insyallah

Tuesday, May 24, 2011

~ Cerita Berepisod Bersambung ~

Salam..

Bersambunggg....

9 Feb 2011 - Mak kuar hospital,dalam keadaan strok belah kanan..tapi pagi tu lah,aku dapat tengok mak senyum bila doktor cakap "hari ini makcik boleh kuar"..setelah agak lama mak tak senyum,ketawa..sedangkan mak memang sorang yang ceria dan peramah macam aku*orang kata lah* hehe!So,sampai dekat rumah..Aku seperti biasa menjaga mak macam dekat hospital,tapi lebih selese lah dah rumah sendiri kan..sama jugak mak aku rasa,dia macam lebih banyak berehat dari dekat hospital hari tu..So dalam sebulan lebih jugak mak macam tu dan ramai datang ziarah..

11 Mac 2011 - Sekali lagi family aku ke pantai timur untuk tujuan Angah(abg) aku kawen dekat Terengganu..abah macam biase settle kan booking dialisis untuk mak..dan ada tempat..Kali ni untuk tidak memenatkan mak,abah plan untuk aku,alang aku,mak dan nenek aku naik flight terus ke Kuala terengganu..So,pada hari tu angah ngan abah aku bertolak dulu pagi tu naik kereta dan kami akan menyusul pada malam karang sebab flight kami bertolak malam..dalam berjalan ke airport dan terus dalam flight memang keadaan mak tidak selese,sebab mak memang tak boleh duduk lama..walaupon hanye 45minit untuk ke Terengganu,tapi untuk slamat sampai semua memang sangat memenatkan mak..aku time tu sampai tak taw nak cakap apa lagi,selain "jap eh mak,sikit lagi"dan mak asik mengadu"adoii,adoiii sakit punggung"huhu,aku sampai skang masih terdengar-dengar suara tu..dan finally kami slamat samapai dekat terengganu disambut abah,angah dan bakal pak mertua angah..dan kami terus ke hotel..nampak mak sakit letih,kesian mak..

12 Mac 2011 - Hari pernikahan angah..dekat masjid terapung Kuala Terengganu..cuaca yang gelap,orang-orang semua rushing sebab management tak teratur,sekali lagi aku tengok keadaan mak sangat tak terkata peritnye..Selesai pernikahan,sesi bawa mak plak untuk dialisis..sampai pusat dialisis yang aku rasa "the worst pusat dialisis" sebab keadaan yang kotor semua membuat kan aku rasa "kalo la aku ade pusat dialisis sndiri tade de aku nak bagi mak aku buat dialisis kt sini"..malangnye aku tade pusat dialisis..haha!So,on je mesin nak start buat tu..darah mak aku macam tak kuar..abah sebagai doktor dalam rumah cakap kat aku"nampak macam tak cantik flow darah mak tu" sambil tengok keadaan mak yg memang lemah..adelah sampai setengah jam nurse tu try jgak..tapi memang darah mak tak kuar langsung dah..So,nurse tu pon cakap"darah ta kuar la encek" dekat abah aku..abah aku pon mengangok tanda paham..Then nurse tu pon,bukak balik peralatan dia,dan bersihkan..dan kami pon bawak mak balik hotel..mak pon terbaring keletihan atas katil tu..sampai malam memang lepak bilik saja..

13 Mac 2011 - Kenduri belah pengantin perempuan..aku dah siap-siap kan mak untuk ke majlis tu,dan mak pakai baju yang aku belikan bertujuan sedondon ngan abah..tiba-tiba abah datang dekat ngan aku lalu bercakap "abah rasa mak takpayah la pegi sebab nanti kat sane kita tak tahu lagi keadaannya,semalam pon mak dah cukup tersekse dah"aku pandang mak yang lemah terlantar tu..pastu abah pon macam cube bercakap ngan mak ngn lembutnye"tak payah pegi la eh,sebab takot penat..nanti dekat rumah kita pon bole tgk majlis macam nih eh"sambil mengusap rambut isterinye itu..mak pon menganggok tanda stuju..dengan tu,abah mintak tolong pekerja hotel tolong tengok-tengok kan mak,sebab mak memang tido sahaja..So,kami pon pegi la ngan kadar yang pantas sebab taknak mak rasa lame kiteorg pegi..sampai rumah pengantin,bergambar,bersanding,makan,dan kami pulang..naseb baik mak ade kawan duduk kuala berang,dia datang majlis kami tu,then dia teros ke hetel untuk berjumpa mak..So,kami balik makcik tu masih ada disamping mak..Alhamdulillah!dengan kadar yang cepat juga kami berkemas sebab nak terus balik Seremban sebab klinik dialisis mak dekat seremban nih kata hari isnin saja yang kosong,so bole la mak tompang time tu..dalam perjalanan mak memang tido je,dan aku rasa mak ok sebab dah buat kusi macam tilam betul..Alhamdulillah jugak,kami slamat sampai jam 1030pm..dan mak memang nampak sangat tak larat..diam je,tak bercakap-cakap..

14 Mac 2011 - Pukul10 pagi aku,abah dan mak dah ade kat klinik dialisis..Mak dapat tempat,dah teros on kan..walaupon kali ni bole,tapi nurse tu cakap "tak brape nak cantik flow la"..aku ngan abah paham maksudnya itu..So selesai la 4jam waktu rawatan..tapi sepanjang 4jam tu,aku ngan abah tunggu kat tempat menunggu..terlentok sana utk abah,terlentok sini untuk aku..kami pon memang tertido dalam 3jam,sebab penat semalam tak habih lagi..ape tah lagi mak kan,kesian mak!huhu...bile siap semua,kami bawak balik mak..start tu mak macam taknak bercakap dah..aku rasa tak sedap hati..tapi aku telan kan jugak!dan sepanjang minggu tu aku busy ngn persiapan belah angah aku pulak..sebab aku jela harapan yang ade dekat rumah untuk buat semuanya...nasib la,aku dapat ditemani kakak ipar dan adiknye untuk persiapan seminggu tu..dan keadaan memang sangat membimbangkan..

16 Mac 2011 - Sekali lagi hari dialisis mak,kami bawak lagi mak ke pusat dialisis tu..dokter yang memang merawat mak bagi suggestion untuk pakai kan tiub melalui hidung balik,sebab mak terlampau kurus..so,abah meniyekan..dan mak kembali memakai tiub untuk minum susu kembali..balik rumah,aku bagi mak minum susu seperti dulu,4jam sekali pkai tiub tu..time tu mak memang macam tak sedar..so,aku sekadar buat keja aku,dan selesai kan persiapan yang bakal tiba sabtu ni..keadaan mak memang lain..aku memang tak sedap hati,tapi adanya orang-orang sekeliling aku,aku jadi kuat untuk tempoh semua ni..pernafasan mak pon dah tak macam selalu,kuat dan laju..macam termengah-mengah..aku tak paham lagi maksud tu,tp pikirkan yang terbaik untuk mak aku..

17 Mac 2011 - Keadaan mak memang sama termengah-mengah tu,dengan kata sepakat semua family aku,bawak mak pegi hospital..sebab mak macam takde respon dah..kecuali ngn abah..dan itu la 1st time aku naik ambulance ngan keadaan aku tak bersedia..tapi tengok keadaan mak,aku memang takot memandangkan hari ni hari kamis..esok adelah jumaat*phm kan?*so,aku telan jgak settle sampai masuk wad pukul 2am..aku memang mengantuk sangat sebab kat rumah tadi aku banyak buat keja,dan skang untuk teman kan mak..tapi aku tak kesah,asik pk kan mak akan ok,untuk majlis angah aku sabtu nih..tetapi kali ni,doktor memang asik bagi rawatan dan aku terpakse duduk luar dari langsir katil tu..sampai tersengok2 jgak la aku..sebab memang penat..dan 2-3dokter ade yang cube bertanye dan bagi hint yang mak memang kritikal..tapi aku tetap kuat pegang tangan mak aku,dan bacakan apa yang aku teringat dalam keadaan aku mengantuk menggile..keadaan mak time tu,mak macam tersentak-sentak..disulami seperti menyahut panggilan orang..dan aku cube bertanye"nape mak?"tapi mak memang takde respon cuma bukak mata dan pejam balik..sehingga pukul 6am,aku cube sms abah,untuk bawak kad persakit mak,sebab dokter nak tengok..tapi tade jawapan,mungkin abah pon penat..

18 Mac 2011 - Inilah hari yang aku takkan lupa sampai bila-bila..disebabkan aku tak tido semalaman,dan doktor masih merawat mak,aku carik kerusi kat luar dan cube memejamkan mata jap..sebab kepala aku dah pening sangat..dan aku berjaya tido selame 1jam kt luar tu,dan aku masuk balik,dokter masih merawat mak,aku mengggigil seperti taw ape yang berlaku..tapi aku masih kuat kan semangat..dan tetibe abah call pukul 8am..cakap tertido,sampai tak sedar..aku iyekan sj..sebab kepale aku pon dah ngoi time tu..haha!sampai je abah dekat hospital,terus bawak aku sarapan..dan terus balik..pukul 10am,abah call ckp"na,dokter ckp jantung mak dah berhenti,tapi still mencube,meh la dtg sini"aku terus bagitaw kakak aku,dan kami terus ke hospital..sampai-sampai doktor still mencuba lagi..tunggu dalam 5minit sorang dokter datang kat abah aku,cakap kan sesuatu..abih dokter tu cakap,muka abah terus merah dan mata berair..dan aku tahu ape maksudnye itu..aku pon memang dengan laju menitiskan air mata tak terhingga yang paham akan "mak aku telah meninggal dunia,meninggal kan kami,meninggal lan semuanya"memang tak tergambar keadaan tu,adik bradik aku memang semua nages..Al-Fatihah

nanti aku sambung lagi..nak pegi nages lu.....

Saturday, May 21, 2011

~ Cerita Berepisod ~

Salam..

14 Jan 2011 - Aku ade family vacation..pegi Kuantan je pon,jalan-jalan nuyear..nak dijadikan cerita sampai dalam petang jumaat tu..Patotnye pegi hari sabtu selepas Dialisis mak aku..tapi tengok-tengok,YAM Tuan N.Sembilan punye birthday..So,N.Sembilan cuti lah jumaat,tu yang pegi kuantan hari jumaat..padahal booking hotel hari sabtu punye..disebabkan dah sampai awal sebelum hari booking,tido lah hotel mane-mane dulu untuk hari ni..dan pada malamnye kami cube mencarik makanan laut untuk santapan malam yang indah..chewahhh!dah selesai makan beraneka macam makanan laut,memang best!ape orang slalo cakap tu "fresh" la..haha!balik je hotel,bersihkan diri sume dan tido..Tu rutin aku!lain plak ngan rutin mak..Mak pada hari tu,nampak ok..tapi sebenarnye mak tak ok!dalam perjalanan ke kuantan tu pon,mak nampak lain..tapi aku rasa mak kuat kan semangat sebab taknak menyusah kan kami..sampai je kami satu gerai tepi jalan,untuk tujuan makan tengah hari..semua orang turun sebab nak pegi makan,tapi mak tak..aku,alang aku,kakak aku semua la,ajak mak turun sama untuk makan,tapi mak cakap taknak..So,kami beli nasik bungkus untuk mak dan sebungkus air teh o..dah abih makan,kami teros kan perjalanan..Dalam perjalanan tu,mak nampak under control,walaupon tak makan lagi..sampai je dekat hotel,mak mintak nasik tadik..aku pon bagi lah..mak aku makan bersungguh-sungguh tak macam slalo tak habih..kali nih habih,aku rasa bahagia sebab lame tak tengok mak makan sampai habih..dah sudah makan tu,mak aku tanye "budak2 tu tak mandi kolam ke?" *budak yang dimaksudkan mak tu,anak-anak buah aku*..So,aku pon cakap,ade je mandi sebelah nih..mak aku pon,cakap "nak tengok lah"..aku pon pimpin mak aku sampai tingkat hotel tu..tu la 1st time jugak aku tengok mak nak amik tahu..sebab since mak aku setat sakit buah pinggang,mak aku memang tak kesah dah dengan ape yang berlaku,myb die kusut ngan penyakit die kot..takpe aku paham..Dan malam tu jugak,mak aku join makan dengan jayanye..Balik saja dari makan,aku terus bagi mak aku baring untuk tido..tapi dalam 30minit skali,mak mesti panggil untuk duduk kan die..aku tade pikir pape time tu,aku ikot kan aje la,sampai aku tengok dah pukul 2..dalam hati aku,mak nape eh?minum banyak sangat ke sampai tak leh nafas..dalam pukul 330am,aku dengar nafas mak semakin kuat,aku bangun tengok sebelah mak ada muntah..aku terus bawak mak aku ke toilet untuk cuci dan kalau-kalau nak muntah lagi..tapi mak cakap,dah tak ade..aku pon bawak mak baring lagi..pukul 5 sekali lagi aku bangun sebab aku dengar penafasan mak kuat tak macam selalu..dan aku tengok,ada lagi muntah..aku dah cuak,nak call abah aku..takot menganggu..sampai pukul 8,abah aku datang bilik aku..dan tengok keadaan mak..abah cakap slalo kalau sesak nafas tu,memang kena duduk..tak bole baring,aku tak tahu..Pastu abah terus panggil kakak aku,dengan abang aku untuk tanye pendapat,nak bawak hospital ke,terus ke klinik dialisis,sebab hari sabtu memang hari dialisis mak..tapi abang aku cakap baik terus ke hospital..So,mintak pihak hotel call ambulance,itu la 1st time jugak aku tengok mak kena pegi hospital dalam keadaan tak sedar..Sampai hospital,mak terus masuk wad ICU..dan aku la peneman mak walaupon diluar selame 4hari..lepas je mak kuar wad ICU masuk wad biase dalam 3hari..seminggu la aku berkampung dekat hospital kuantan ditemani kakak ipar aku..

21 Jan 2011 - Mak dah transfer hospital dari kuantan tu ke seremban..1 family rasa lega,sebab mak dah dekat ngn kami..masa dekat kuantan,mak dah bole bercakap-cakap..tapi bila sampai seremban,mak bole dikatakan koma..sebab tido je,tak bangun-bangun..hari-hari aku cube bacakan macam-macam surah untuk mak dengar,berborak-borak macam mak dengar,semua la..sebab orang cakap,orang koma ni dengar..cuma die tak berjaga sahaja..so,aku buat la rutin harian aku mcm tu dalam 2minggu macam tu..akhirnye mak bangun dan bagi respon..Hari demi hari mak semakin nampak ok,walaupon kelihatan lemah dan tak bole bergerak macam selalu..kami sekeluarga memang jaga mak kali ni lebih rapi lagi,sebab mak dah tak mampu buat sendiri..aku dari tak pandai semua segi,tetibe sampai terer!tak kira la dari segi bagi susu,lap kan badan,tuka pampers,semua la macam jaga baby tu..aku dah pandai buat..aku bersyukur betul sebab aku tak perlu ada baby,tapi aku dah mampu buat semua tu..Alhamdulillah..So dalam masa sebulan lebih,mak memang nampak sangat semakin pulih,tapi lebih nak ade orang bersama dekat sebelah dia..kadang-kadang aku dah tido sebelah pon,die still jerit panggil aku..Pastu tangan die memang tak abih-abih terangkat suruh orang pegang tangan die..tapi untuk family je..orang lain mak malu kot..hehe!

dah..nanti aku sambung lagi..penat ah!

Friday, March 4, 2011

~ Mood Tengok Kawan Kawen ~

Salam..

Aku sehat macam bese..*tetibe* haha!
BTW,macam bese aku malas updates..then nih,tetibe rasa nak update..so,aku cuma nak cerite sekarang aku memang semangat la kalau kawan-kawan aku kawen..dah itu je.. bai!*tetibe lagi*


Kawen gak dieowg nih,kaple dari form4 ;)



Kami dan Pengantin



Kami Tunggu Turn Plak!!



Amik Restu!