Monday, December 29, 2014

Semakin Hari Semakin Ketandusan


Salam,

#SuperThrowBack punya cerita..
Sampai aku pun tak sure bila cerita ni berlaku.. haha! ok tak klaka..

So untuk pertama kali untuk tahun ni punya entry,aku nak war war kan bahawa blog yang tersegam cute ni sudah hampir berumur 6 tahun.Tapi entrynya takda lah sebanyak tahunnya.. haha! ok tak klaka lagi.

Semakin hari semakin ketandusan sebenarnye nak bercakap tentang entry aku,disebabkan semakin lanjut usia,semakin kekangan masa menghantui aku..Walaupun aku takda lah se busy mana,tapi entah lah,kemana pergi masa masa aku berlalu macam tu je. Maafkan saya duhai belog. Setakat ni aku tak pernah terpikir untuk tutup je blog ni,sebab aku buat blog ni pun memang untuk tatapan hari tua. Sebab aku ni bukan seorang yang banyak mencipta sejarah..Opss!means dalam life aku lah,aku ni suka tak tiru lifestyle orang that why sangat susah lah nak cipta sejarah.. Sebab orang tak buat,aku buat,lebih kurang macam tu lah gamaknya.

Ni aku nak buat review jelah kot sepanjang setahun ni apa jadi dekat aku... (Apa yang aku ingat jelah)

Awal tahun 2014 ni, aku memang dah decide untuk meninggalkan company yang agak lama la bagi aku berkhidmat dekat situ,sebab aku resign pun sebenarnye takde lah terlalu berat. Tapi bagi aku, kalau still bertahan aku takkan kemana,melainkan aku mengundurkan diri..Giteww!So, berakhirlah khidmat aku kat situ on hujung Feb tak salah aku,sebab aku bertahan sampai Feb pun tunggu replace keje yang lebih menjana kerjaya pada masa akan datang.. Gitewww lagi skali! haha

Bermula la kehidupan yang baru ditempat baru, kerjaya yang baru, semua lah baru..membuatkan aku rasa sangat tercabar kat diri sendiri sebenarnye,sebab aku keluar dari zon selesa yang sebelum ni, sampai aku fikirkan betul ke keputusan aku untuk keluar dari zone selesa tu. Untuk bulan pertama sampai bulan kedua memang aku akui yang sangat stress dengan sangat tidak selesa dengan persekitaran tempat baru, tapi aku cekalkan hati untuk buktikan keputusan aku tak salah.Hari demi hari, aku lalui dan membuatkan aku terfikir kerjaya tu bukan soul aku dan sekali lagi aku membuat keputusan untuk resign untuk sekian lagi.haha! Aku kerja dekat situ, dalam 5-6 bulan jugak tapi aku tak mampu untuk selebihnya.. <<< ayat sedih!

Yeahh!!aku bebas dari segala company untuk 2-3 bulan, sempat la aku pergi holiday plak, first vacation aku pergi Kota Kinabalu,Sabah yang memang aku dah plan dengan ofismate aku yang dulu. Memang nak tak nak pergi saja lah dan memang tak menghampakan baq angg!!Dari ke darat membawa ke dalam laut memang semua sangat best!lagi pun, kami di guide oleh ofismate aku yang pernah pergi, jadi benda benda jadi smooth jelah.. (kat bawah bawah nanti aku upload pic nahhh!)

Dalam cuti cuti honeymoon tanpa pekerjaan tu, aku sempat plak plan lagi for next vacation on May tak salah aku lagi.. Kali ni pergi jauh skit overseas baq angg! kita pih ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Even do, aku dah pernah pergi,tapi tak tahu kenapa Bandar tu menjadi pilihan aku,walaupun takde lah best sangat mungkin sebab rasa duit banyak sebab mata wang dieorang rendah,jadi tukar dengan mata wang Malaysia rasa banyak duit lah..Dan buat kali pertama aku pergi vacation dengan paparich and with another kawan sekolah aku dengan tunangannya,even do for the first time vacation sesama tapi kiteorang pergi overseas terus hokeh!kalau dah kawen nanti tak pergi overseas aku tak tahu lah  (-_-")

Ok,sambung cerita balik..

Dah nak dekat 2-3 bulan aku honeymoon takde kerja tu,time tu lah Bulan Puasa,Hari Raya Aidilfitri, dan ramai la kawan - kawan berkahwin..jeles jugak tenguk orang kawen lagi lagi kawan kawan setilam sebantal aku yang mempunyai ahli seramai 6 orang dan 2 yang kawen tahun ni,next coming Januar 2015. So as usually, aku sentiasa jadi yang bongsu dan yang last dikalangan dieorang.Aku tak kesah sebenarnye tapi siapa taknak kecapi kebahagiaan kan?gitewww!
Insyallah, aku pun ada planning sebenarnye tapi belum masanya untuk bercerita kot sebab dengan tak pasti lagi..Harap dapat doakan yang terbaik ye..

Sekarang sempena hari ke-3 last untuk 2014 ni, Alhamdulillah, update yang latest ni aku dah ada kerjaya baru,tempat baru dan suasana yang baru.Harap tahun 2015 akan dapat bagi aku sinar harapan yang baru..Insyallah! Anyway,sempat jugak buat review untuk setahun ni,takde benda yang menarik tetapi untuk tatapan hari tua kelak mesti menarik kan? Insyallah.

Oklah,Meh tengok picture yang ada sepanjang tahun,,

(Menaip tanpa semak semula,kalau tak paham ayat aku,pahamkan jugak!hehehe)




Resign Kali Pertama!

Resign Kali Ke-2!

Kota Kinabali, Sabah

Ho Chi Minh City, Vietnam