Saturday, May 23, 2015

Kolumpo | Hari Bersama

Salam

Ketidaksempatan aku men update blog ni,membuatkan aku terlupa cerita apa yang nak diceritakan.
Bukan setakat itu saja,aku jadi hambar 2-3weeks ni sebab keadaan semakin membosankan buat tidak bersyukur tetapi makin lama makin mencabar kewibawaan aku sendiri aku rasa.Tapi tak pelah,ini mungkin dugaan dan dugaan yang mampu tempuh.So doakan aku tabah menempuhi semua ni dengan berlapang dada. Insyallah!

Haihh..Hari tu cuti labor day,sempat hokeh aku,Along dan Alang aku plan last mins pergi vacay untuk sekian kalinya,destinasi kali ni KL je,sebab time tu,semua daerah daerah serata Malaysia dilanda jammed tahap macam hari raya.So weolls decide pergi KL je kira balik kampung kiteorang jugak orang KL :p

Oh..terlupa nak bagitahu cuti 1 May tu jadi panjang disebabkan bersambung dengan hari Wesak. So dari 1 May tu,jatuh pada hari Jumaat membawa ke Isnin 4 May,gila best cuti kan?Kami 3beradik & family memasing ke KL. Check in dekat belakang KLCC..KL sangat kan?haha! Hotel The Zon KL tu je kiteorang pergi but quite nice kot sebab betul tengah tengah KL tu.Memang best la kot.Motif Vacation adalah "Saja saja,takde pergi mana hari cuti" haha!Belanja budak budak mandi kolam.Sebab keturunan kiteorang memang taksub terhadap pool since Along aku lagi. So zaman aku memang dahsat la tahap taksub mandi kolam ni.Ingat lagi kalau abah outstation,bawak kiteorang..aku mesti cakap dengan mak "mak pilihlah hotel ade kolam" hahha!

Nah tengok bebudak ni mandi..aku tak mandi sebab ramai sangat segan lah..

video

Dah tua uolls,so segan skit la nak beraksi ni..haha!

So kepada sesiapa nak stay kat The Zon ni aku bagi 3 setengah bintang untuk keseluruhan dia.Sebab Hotel lama,so paham paham sendiri la eh..Tapi still ok lagi,takde yang tak best lah..hehe!Ngantok lah sebenarnye ni..Tak berapa nak hade idea plak kan..Apa apa teruskan tengok la ape yang hade ni..Ok!

Ok abaikan muke huduh hamba!
Selfie dengan Abah & Makcik

Jadi Life Guard je,malas berendam!

Deting inclusive tau macam GST!haha



Monday, May 11, 2015

Selamat Hari Mak!

[Mood sedih] - Lambat Publish

Salam
Hari ni 10 May,hari ahad diminggu pertama bulan May..jadi,hari ni adelah "Hari Ibu" untuk satu dunia. sebelum terlambat aku nak ucap SELAMAT HARI IBU kepada kakak aku sendiri Along. Kak ipaq aku, Kak Ira dan Kak Lisa.Semoga dikalangan muslimah yang dilindungi dan dirahmati hendaknya.

Seperti biasa kalau cite pasal Mak je,aku akan jadi super sensetif disebab kan Mak aku dah 4tahun meninggalkan aku dan sekeluarga,tetapi pesanan nasihat dan tunjuk ajar beliau tak pernah lekang dari ingatan aku mahupun dari sudut hati aku ni.Insyallah,aku akan menjadikan semua itu adalah guide dalam kehidupan yang penuh mencabar dan dugaan ini.MashaAllah!

Aku ingat lagi yang aku pernah bagi satu satu nya hadiah untuk "Mother day" yang aku tak ingat tahun bila dan aku umur berapa tetapi dah sekolah menengah yang pada masa tu,kedai RM2 baru diperkenalkan,so biasal la kan dalam kedai RM2 macam segala semua ada,dan pada masa tu aku ternampak satu frame gambar yang terukir sorang anak kecik perempuan dan ibunya saling berpelukkan dan bertulis "Love Mom" dan time tu kawan se asrama aku menegur aku, "Beli la naa,bagi kat mak kau" dan aku time tu rasa "seumur hidup aku tiada siapa pun nak bagi hadiah mahu pun ucapan "selamat hari ibu" kat Mak sepanjang hidup aku.Jadi takkan aku nak bagi plak??segan ahh" tapi atas dasar asakkan kawan tadi,aku beli jugak,dan simpan sampai balik rumah hujung bulan nanti. Tapi dalam menunggu sampai masa balik tu,aku asik berfikir yang dalam keluarga aku ni,adelah keluarga yang tak lah "sweet" macam rata rata keluarga yang saling memuji,mengucapkan,membelai,memujuk dengan kata kata yang manis bila setiap kali perbuatan,kelakuan,keputusan mahupun pencapaian masing masing.So,Memang kiteorang paling paling akan belanja makan,bagi hadiah tak pun akan pergi vacation.

Sampai la hari balik rumah pada hujung bulan.Sampai je rumah aku still berfikir "ok ke bagi ni,ke Mak akan gelak sebab aku buat benda yang takpernah adik beradik lain buat??"tapi aku macam teringat kawan aku cakap "Mak kau mesti suka la naa,anak dia yang bagi kot,mnae ade mak yang tak suka dapat hadiah ke ape ape dari anak sendiri..bagi je" So keesokkan tu,aku bangun pagi je aku terus nekad untuk bagi frame gambar tadi.Time tu aku nampak je Mak aku nak turun bawah, aku cepat cepat panggil "Mak!Selamat hari ibu..nahh hadiah" Mak aku terus senyum dan peluk pipi tu cium aku..dan time tu aku terus teringat kawan aku cakap "Mak kau menti suka punya" dan skang memang aku nampak sendiri mak aku suka dan appreciate sangat even tak seberapa hadiah tu.Terima Kasih Mak sebab Mak tak pernah nak complain atau bercakap bila Nena cuba jadi lain dari yang lain.

Selepas kejadian tu,memang satu tu jelah aku bagi pun hadiah sempena hari ibu,sebabkan aku cakap tadi yang family aku ni bukan type suka meraikan pun,semua busy sendiri sendiri je sampai la sekarang ni,dan tiada "hurt feeling" bila masing masing tak ingat pon birthday ke hari ape ke,adelah sangat takde masalah.hehe!

So cerita pasal hari ibu ni aku tersangat la takde,sebab kiteorang banyak sendiri diluar dari selalu berkumpul.tapi sempenah hari ni adelah "Hari Ibu" aku nak buat skit ucapan yang aku rasa mungkin tak aku,mungkin anak cucu aku plak boleh baca selagi blog ni boleh dibaca :-

" Kepada Mak yang selalu dihati dan yang selalu Nena rindui, sempena hari ni hari ibu,Nena ucap selamat hari ibu kepada Mak yang telah banyak berkorban untuk Nena sampai hingga hujung nyawa Mak,Nena rasa takdapat  balas jasa dan pergorbanan yang Mak bagi kat Nena.Tapi hari ni kalau Mak masih ada,Nena sangat berterima kasih dan nak ambik kesempatan bagi ape yang Nena rasa gembira dengan Mak.Sepanjang Nena dibesarkan,Nena tersangat la rapat dan sentiasa bersama Mak. Jadi ketiadaan Mak tu tersangat la dirasai,tapi Mak jangan risau tau,sebab Nena dalam keadaan ok,selamat dan gembira,Insyallah.So,Mak tenang la disana sebab Insyallah Nena selalu kirimkan keperluan Mak kat sana. Oklah,rasanya macam tak pandai plak nak bagi ucapan panjang panjang dan penuh mesej.haha!!"

Salam Rindu dari anakmu,
Nena - 2015

Haihh..setiap kali buat surat la,ucapan lah ape lah..tak pernah tak banjir satu bilik ni.Bila la aku boleh jadi kuat yang tak perlu jadi super sensetif macam ni..kena kuat!kena kuat!!tapiiiiiiiiiiiiiiiii aku tak mampu jati diri yang sangat rapuh bila cerita pasal Mak.Tiada siapa boleh menggantikan tempat Mak aku oii..

Dah,panjang sangat update kali ni sebab aku dah berapa kali nages benti nages benti dah menaip benda alah ni."Kadang kadang hati wa rapuhhh jua nakkkk!!" hahahhaha! setakat ini jelah dulu,ada cerita lagi iolls hapdet lah uolls ye! k bai..

AL - FATIHAH UNTUK
ARWAHYARHAMAH
ISMAIZAN BINTI HASHIM (MARCH 2011) 


Antara gambar terakhir aku dengan Mak (Ok pergi nages japp)

Thursday, May 7, 2015

Kedah Darul Aman | Terima Kasih

Salam.
Haa..Hye uolls!
Aku tak sempat seempat haa..nak update penceritaan aku ni..nak cakap busy,macam tak..tapi memang tak sempat lah baq hang!

Ok kali ni cite pasal aku on vacay lagikkk..
dan vacay kali ni adelah sangat special kot, sebab tujuan utama bukan lah bercuti SEMATA!tetapi ade misi untuk kakak - kawan - lawan - crush - ex jiran semua la dengan dia ni..

Misi : Berjumpa dengan bakal Mak/Pak Mertua

Tarikh/Masa : 25/4/15 (Sabtu) | Lepas Isyak

Tempat : Dirumah bakal Mertua..haha!

Al kisah,pada 2-3weeks sebelum kakak ini plan dan menyimpan hajat nak bawak aku pergi ni, dia adalah cerita yang si "kawan" lelaki dia dah datang rumah lah,dah hitu hini..So untuk menyambut kesinabungan tu,dia kata nak pergi la sebab si "kawan" lelaki kakak ini dah tanya "Bila nak mai plak rumah kami?" hahah! <

So terbukak la mulut kakak ini tanya kat aku, "Nena, kalau akak ajak teman pergi Alor Setar nak tak?"yang aku ni super obses terhadap berjalan jalan ni,GILA TAK NAK?haha! aku macam jawab dengan santai "Nena ok je,jom ahh!" padahal tu aku dekat Johor kot..memang tak plan untuk cuti atau apa apa.Then lepas 2-3hari, tetibe kakak whatapps "Nena,akak dah beli tiket,kita pergi 3hari 2malam tau" aku sekali lagi,"ok..set!" sambil tak pikir ape lagi untuk cuti atau apa pada masa tu.

Hari berlalu dengan cepat,dah tinggal 2-3hari nak meneruskan misi..Kakak dah nebes,asik cakap "ok ke pergi ni,ke tak payah?" haihhh..ni semua buat aku hangin satu badan la ni..aku pantang percutian aku dihalang.sambil sambil tu nak ke tak nak iolls tak kesah..ni belum pergi dah pikir bukan bukan..Geramm hokehh!

Ok..That day lah! weolls naik flight ,senang - murah(kalau offer lah) - cepat..haha!

Let's me take selfie first!
Kiteorang naik flight malam, dalam 50mins sampai Alor Setar. takpayah bersusah payah nak drive lah,apa lah..penjimatan pon berbaloi - baloi.Tapi malam tu cuaca teruk sikit.Dalam banyak banyak flight aku naik,kali ni paling dekat dan paling scary kot..langit kilat macam konsert dah aku tengok.sebab macam flash camera tu.memang menakutkan dan plane tersangat la bergegar.dan aku super mabuk dah eh..sebab dah peluh peluh sejuk aku rasa tinggal nak termuntah je,tapi aku berjaya tahan sampai lah di saji kan makanan enak setelah selamat mendarat dekat Alor Setar.

 Memang thorbaikk wehhh!!aku selama ni,memang selalu jugak la ke negeri jelapang padi ni,tapi ni la first time aku try makan kat siti..Sangat puas hati lah kawan kawan,semua orang kena try!

So settle sehari,keesokan hari yang kami just cakap cakap je lah KALAU sempat nak pergi Langkawi sebab nak beli coklat je..lain lain nanti lah kiteorang plan betul betul next vacation..ahaks!tapi sebelum balik hotel tu,"kawan lelaki" kakak tanya.. "esok kita naik feri pukul berapa punya?" kami pun terus confident.."Seawal pagi lah..nanti kita tengok apa yang ada" hehe!Bermula lah pengembaraan kami di Langkawi - day trip! hahaha!happyyyy...

Satu satunye gambar bertiga!haha

Tunggu sampai last sebab nak snap gambar ni..

Feri kiteorang naik !besar selesa

Aku ni last pergi Langkawi pada tahun 2006 kot..So sampai situ memang macam berubah dah..memang moden la.dan since aku bekerja ni lah aku baru macam tahu pergi langkawi tempat yang seronok untuk membeli-beli.Kalau tak aku tahu,pergi langkawi adelah pergi underwater tu,jalan jalan dekat beras terbakar lah,mahsuri lah..itu jelah..hahahhah! soo sad kan?oklah,tengok lagi picture sebab dekat sana tak banyak masa jadi semua rushing..ok?hehe..


Macam biasa,senget sana sini..haha!
hahah..no caption!
Nak balik dah!
Aku doakan korang JADI kali ni #Tilljannah
hehe!
Pergi berlenggang,balik berluggage terus weolls!


video

Ok last but not least!ahakssssss
bai korang!

Thursday, April 30, 2015

Ada Apa Dengan Ho Chi Minh City, Vietnam (AADHCMC)

Salam..
Ahaks! Dua entry yang lepas tak bagi salam,aku dah kenapa?
Nak jadi URBAN pun takkan sampai tak pandai bagi salam dah?
Ini la dia kata "Tak Hingat Dunia!" haha!

Ok copp!! Nak cerita aku ni kalau musim vacay aku kan,memang tak ingat punya sebab contoh dia,kalau minggu ni dah pergi..ape ade hal minggu depan tu pergi tempat lain plak kan??So no wonder korang nampak aku macam ohsem pergi sana sini..tapi sebenarnye, Allahuakbar! memerlukan ketabahan tahap maksima hokehh!

Dah nak start cite kali ni, Guess Whattt?? untuk sekian kalinya,aku pergi Ho Chi Minh City, Vietnam untuk sekadar meng release kan stress..haa!kau hado?stress pergi vacay tau..haha! Ok nak jadi cerita,aku isytiharkan Ho Chi Minh City,Vietnam adalah destinasi WAJIBULJUNNAH untuk setiap tahun tau..tapi bagi aku benda ni tak di plan langsung,sebab aku takde plak pasang niat setiap kali nak balik tu "Sahaja aku nak balik ini,aku akan datang semula" takde wehh..memang takde sama sekali..tapi ade je setiap tahun panggilan untuk ke sana..jadi aku mana pandai menolak kalau bab vacay ni..haha!

So,untuk kali ke-3 aku pergi tanpa niat ni..aku dah boleh biasa kan diri lah dengan keadaan negara macam tu,sebab biasa lah negara yang minoriti orang islam,apelah lagi bangsa melayu,tapi melayu Malaysia bersepah hokeh on street pasar malam tu..sampai orang orang sana memang dah pandai melayu basic macam "tengok dulu,Murah murah,Abang,Kakak,Terima Kasih" haihh banyak jugak lah diaorang tahu..sampai kita plak serba salah tak beli,sebab kesian..haha!


Group vacay untuk kali ini..Satu satunya picture kitaorang berempat!

 Disebabkan untuk sekian kalinya aku kat sini, dan selalu "place safe" dan banyak belanja..kami memilih untuk thrill skit,kita akan ke China Town naik bas je..dan tambang hanya RM1/pax bila dah di convert kan..kalau naik teksi RM20 satu teksi..jadi kalau pergi dan balik dah RM40.. ni RM8 je..murah kan?hahah.sebab tu muka kami berseri2 naik bas dengan kadar paling murah dan selamat..gituhh!!

Tapi disebabkan confident level yang tinggi yang ada setiap sorang..kami tak study bila dah sampai last station tu,macam mana nak pergi ke Pasar China Town tu..kuang kuang kuang!time tu semua kelang kabut pikir macam mana ni?haha!tapi berkat kesabaran dan jati diri yang berani..try tanya orang local yang pronounce memasing..haiyooo!!dan kami punya pronounce untuk sebut bahasa vietnam pon..hahahhahaha!nasib orang local yang kami tanya tu,macam boleh catch apa kami maksudkan..sebab tips dia,tanya dengan orang local muka nampak educated skit..hahahhahah!

At last kami sampai,menapak jauh jugak hokehh!!Ce baca blakang tu,korang tahu ke nak pronounce kan?hihi
Bagi aku Ho Chi Minh City ni,macam jalan TAR kat KL tu je..sebab keadaan orang sibuk dengan kain kain..nak makan,takut tak halal..So memang pagi petang siang malam adelah kain,kain dan kain!aku ni dah la bukan jenis pandai dan obses terhadap kain ni..sebab selalu beli baju dah siap..beli cadar dah siap fitted..beli langsir pon dah siap gantung..So takat kain ela ni,agak boring lah untuk aku..tapi aku ni kan berjiwa besar,jadi ape saja,aku layan je..asal jangan tak cukup MAKAN!hahahah

Haihh,macam dah penat je bercerita..ape lagi eh?

nah tengok picture lagi..
Area Benh thant Market

Senget sana sini..haha!!

Gembira sangat ni..but kali ni memang best! dan banyak belajar erti kehidupan..gituh!

 Tapi dalam kegembiraan dalam gambar ni,ada la dugaan yang tak dijangka berlaku..seperti,kiteorang sampai malam hokeh kat sana..sampai2 je dekat hotel tu..tetibe dia cakap bilik kiteorang takleh pakai dan sekarang bilik semua penuh..jadi pihak dieorang dah booked bilik lain di HOTEL YANG LAIN ok!mau tak terkejut beruk kiteorang..kiteorang ni bukan dari KL nak pergi PENANG or what else tau!bari malaysia..takkan nak balik or nak merempat?goshh!!tapi kiteorg bajet2 cool..layankan je..alhamdulillah,berkat kesabaran kiteorg,pihak hotel tu bagi hotel best dari hotel kiteorg booked!haha..memang mencabar betul lah!tu la orang cakap INSYALLAH..ADA JALANNYA! gituhh!hahahhah

Dah..Oklah korang sampai sini dulu,next entry ade lagi..tapi hari ni rushing!So,Abih kiteorang 3hari 2malam yang sangat "Girl Days Out!" haha!Tengok picture puas puas ok bai !



Kat airport,nak balik dah!

Bye Ho Chi Mnh City,Till meet again!


Saturday, April 11, 2015

東京日本

Hahaha, Tajuk nak power..Tapi pakai "google translate" apakah??haha!

oklah oklah, since dah macam rasa ada semangat balik untuk belog ni, aku tidak langsung rasa berbesar hati untuk share percutian untuk sekian kalinya untuk tahun ni..

Untuk pengetahuan korang,percutian kali ni,tersangat la tidak dirancang sama sekali, kes redah terbalik tergolek..TAPIIII alhamdulillah sangat lancar dan happy with moment.Gila tak, dapat pergi Tokyo kot, memang tak pernah rancang lagi dalam life selama ni untuk jejak kan kaki kat sana.Yelah semua orang tahu, currency dieorang tersangat la tinggi dan barang sangat mahal.Tapi berpeluang jugak.Ini semua kerja Alang (Abang aku) yang push aku untuk pergi,even aku sangat berbelah bagi time Alang aku hajakk..Tapi bagi aku,kalau Alang aku tak ajak memang sampai bebila kot tak pergi..sebab secara jujurnya kalau tak berani,kau akan ke loser an kat sana.. Ok, rehat jap tengak gambar aku,Alang,Kak Ira(Kak ipaq) and Nephew aku..Sampai je kat airport Narita - Japan.

Time ni sampai pukul 9am..muka tak mandi semua!

Ok sambung balik..

Sampai sampai je,kiteorang dah tak tentu arah sebab blur bangun tidur,plus macam tak tahu nak buat apa plus DAH SAMPAI JEPUN kot!!!super exciteddddd...Then atas semua ilmu ke study an Alang, kiteorang ala ala pro je terus pergi kaunter untuk buat macam kad "touch n go" tu untuk naik tren.So kitaorang dah buat semua tu,settle..TOKYO HERE WE COME!

Gambar kat atas ni,kiteorang tengah tunggu tren untuk ke Tokyo. Alah, macam ERL kita kat mesia ni..boleh terus sampai KL dari airport..Then kitaorang naik lah ketapi laju ni,mengambil masa selama 1jam lebih jugak untuk ke homestay kitaorang dekat area "Motosumiyoshi - Kawasaki" sampai  je,bermula dah untuk try hidup cara orang Jepun yang bagi aku "Takde Life" sebab life dia adelah kerja dan dunia kot..yelah, diaorang bukan macam kita dunia nak,akhirat pun nak kan..So, life dia sememangnya kerahan untuk dunia.So sad! hahah..

Bila sampai dekat station tren tu,nak ke homestay kiteorang, Kiteorang decide naik cab jelah sebab nak carik orang orang kat sini tersangat susah lah nak communicate,membawak ke driver cab dia..Haihhh,gigih la nak cakap pergi alamat kitaorang bagi tu..dia sibok nak tekan GPS dia..tapi tak tahu nak tulis apa..Sesi itik dan ayam sedang hangat berlaku dalam teksi yang meter die sedang berJALAN!!!hahahahah..Tapi kiteorang cool je..ape ade hal hari first kan??hahah..dan akhirnya,Alang aku terpaksa tunjuk gambar gambar yang sekitar rumah tu dan akhirnya JUMPAAAA!!hahaha.. kitaorang kena bayar tambang yang untuk satu round je sebenarnya sebanyak 47 dalam Ringgit mesia.. hahhaa padan muke!

Dari station tren ke rumah
Bagi aku negara Jepun ni tak boring kalau orang orang dia takpayah ketimuran sangat lahhh..maksud aku ketimuran tu,sopan tak bertempat..behave urself sudah..ni dalam tren,senyap-sopan..kat event senyap-sopan..semua lah dok hadap la tengok hp memasing,rasa macam "kau ni takde gosip ke,cite ke nak borak dengan orang?"hahahahh..aku,Alang dengan Kak ira kemain bising berborak dalam tren kot,ketawa dengan cara orang orang dia bekerja,menjalani rutin..tersangat lah membosankan..

Haa by the nak cakap tak bosan tadi,tengok jelah dalam gambar atas ni,sangat meriah kan,disajikan kedai macam macam sepanjang untuk ke tren station.So ape lagi korang nak wahai rakyat jelata Jepun??hahaha

haihh,macam banyak lagi nak cita ni..tapi dah penat type plak..aku cuba mana termampu eh?sebab gambar dah upload rugi plak tak teruskan..

Nah tengok lagi la gambar eh.. heheheh!
Pergi Tokyo Disneyland!
Sampai malam bertapa kat situ..tapi Jepun kan cepat malam..
No wonder!
Sorry kecomotan disitu..sejuk dia takleh handle,Outdoor 5-6jam kot!
Cakap pasal disneyland,memang sangat seronok!yelah dari kecik kot teringin nak pergi..kira dream come true!hahah..

Tapi tak tahu aku mengambil langkah untuk nikmati moment yang ada kat situ..sebab satu ride pon aku tak naik..sebab baik aku,dah dapat masuk itu adelah nikmat tak pernah aku pikir aku dapat..Jadi aku sangat enjoy tengok Parade la..bunga api lah..Mascot yang super cute dulu tengok dalam katun je,ni betul betul depan mata..tapi satu je perangai aku racist skit,kalau aku pergi overseas,aku akan rasa geli dengan local sebab aku rasa dia bakal menyusahkan aku,that means aku kena samak..if bersentuhan or dekat dekay"aku dah kenapa??" hahhahahahahhahaha!!racist kann kannn? k baii

Abis cite disnesland,untuk malam keberapa tah kitaorang decide untuk berjalan jalan area Tokyo..Lagi pun kan kat TV ade cite Zizan Jejak Jepun tu agak terpengaruh hokeh!!kiteorang carik station station dalam cite tu,antaranya : -

RAPPONGIIIIIII!!!hahahah..jakun kann..what to dooo :p
Ok serious penat!

Sambung skit lagi eh..
Dah kata pergi time winter,rugi plak tak pergi bukit bukit untuk main salji kan??
ok we'oll pergi okehh...dan salji sangat baik hati turun dengan lebatnye..membuatkan first time aku,sangat ohsem kot..dan kitaorang memang menggunakan kesempatan yang ada sebaiknya..sampai langit gelap la main salji..tapi baru pukul 5pm mcm tu dah magrib..hahhaha!!

My lovely Family..yeahhh!!

Bajet bajet candid huh??hahhaa 

video
Sedutan kitaorang main slide!heheheheh

Klaka kan,orang orang jakun kan??
oklah last day,kitaorang pergi signtature kalau datang Tokyo tak pergi snap picture kat situ tak sampai Tokyo la namanya..gituuhhhh!!hahahha
Overall,sangat seronok lagi pun tengok anak anak buah aku dah macam anak jepun dah..cute!!gerammm..Then dieorang sangat selesa pergi timw winter macam ni..Ok dah,siap satu post untuk TOKYO-JEPUN untuk kali ni..hehe!! Apa apa aku sangat bersyukur diberi peluang yang sangat Allahuakbar!!korang kena rasa sendiri jugak tau!! Oklah,penat taip dah ni.kalau ade typo ke ape..pandai2 la reach sendiri word ape aku nak cakap..hahhahahha .. Baiii