Saturday, May 23, 2015

Kolumpo | Hari Bersama

Salam

Ketidaksempatan aku men update blog ni,membuatkan aku terlupa cerita apa yang nak diceritakan.
Bukan setakat itu saja,aku jadi hambar 2-3weeks ni sebab keadaan semakin membosankan buat tidak bersyukur tetapi makin lama makin mencabar kewibawaan aku sendiri aku rasa.Tapi tak pelah,ini mungkin dugaan dan dugaan yang mampu tempuh.So doakan aku tabah menempuhi semua ni dengan berlapang dada. Insyallah!

Haihh..Hari tu cuti labor day,sempat hokeh aku,Along dan Alang aku plan last mins pergi vacay untuk sekian kalinya,destinasi kali ni KL je,sebab time tu,semua daerah daerah serata Malaysia dilanda jammed tahap macam hari raya.So weolls decide pergi KL je kira balik kampung kiteorang jugak orang KL :p

Oh..terlupa nak bagitahu cuti 1 May tu jadi panjang disebabkan bersambung dengan hari Wesak. So dari 1 May tu,jatuh pada hari Jumaat membawa ke Isnin 4 May,gila best cuti kan?Kami 3beradik & family memasing ke KL. Check in dekat belakang KLCC..KL sangat kan?haha! Hotel The Zon KL tu je kiteorang pergi but quite nice kot sebab betul tengah tengah KL tu.Memang best la kot.Motif Vacation adalah "Saja saja,takde pergi mana hari cuti" haha!Belanja budak budak mandi kolam.Sebab keturunan kiteorang memang taksub terhadap pool since Along aku lagi. So zaman aku memang dahsat la tahap taksub mandi kolam ni.Ingat lagi kalau abah outstation,bawak kiteorang..aku mesti cakap dengan mak "mak pilihlah hotel ade kolam" hahha!

Nah tengok bebudak ni mandi..aku tak mandi sebab ramai sangat segan lah..


Dah tua uolls,so segan skit la nak beraksi ni..haha!

So kepada sesiapa nak stay kat The Zon ni aku bagi 3 setengah bintang untuk keseluruhan dia.Sebab Hotel lama,so paham paham sendiri la eh..Tapi still ok lagi,takde yang tak best lah..hehe!Ngantok lah sebenarnye ni..Tak berapa nak hade idea plak kan..Apa apa teruskan tengok la ape yang hade ni..Ok!

Ok abaikan muke huduh hamba!
Selfie dengan Abah & Makcik

Jadi Life Guard je,malas berendam!

Deting inclusive tau macam GST!haha



Monday, May 11, 2015

Selamat Hari Mak!

[Mood sedih] - Lambat Publish

Salam
Hari ni 10 May,hari ahad diminggu pertama bulan May..jadi,hari ni adelah "Hari Ibu" untuk satu dunia. sebelum terlambat aku nak ucap SELAMAT HARI IBU kepada kakak aku sendiri Along. Kak ipaq aku, Kak Ira dan Kak Lisa.Semoga dikalangan muslimah yang dilindungi dan dirahmati hendaknya.

Seperti biasa kalau cite pasal Mak je,aku akan jadi super sensetif disebab kan Mak aku dah 4tahun meninggalkan aku dan sekeluarga,tetapi pesanan nasihat dan tunjuk ajar beliau tak pernah lekang dari ingatan aku mahupun dari sudut hati aku ni.Insyallah,aku akan menjadikan semua itu adalah guide dalam kehidupan yang penuh mencabar dan dugaan ini.MashaAllah!

Aku ingat lagi yang aku pernah bagi satu satu nya hadiah untuk "Mother day" yang aku tak ingat tahun bila dan aku umur berapa tetapi dah sekolah menengah yang pada masa tu,kedai RM2 baru diperkenalkan,so biasal la kan dalam kedai RM2 macam segala semua ada,dan pada masa tu aku ternampak satu frame gambar yang terukir sorang anak kecik perempuan dan ibunya saling berpelukkan dan bertulis "Love Mom" dan time tu kawan se asrama aku menegur aku, "Beli la naa,bagi kat mak kau" dan aku time tu rasa "seumur hidup aku tiada siapa pun nak bagi hadiah mahu pun ucapan "selamat hari ibu" kat Mak sepanjang hidup aku.Jadi takkan aku nak bagi plak??segan ahh" tapi atas dasar asakkan kawan tadi,aku beli jugak,dan simpan sampai balik rumah hujung bulan nanti. Tapi dalam menunggu sampai masa balik tu,aku asik berfikir yang dalam keluarga aku ni,adelah keluarga yang tak lah "sweet" macam rata rata keluarga yang saling memuji,mengucapkan,membelai,memujuk dengan kata kata yang manis bila setiap kali perbuatan,kelakuan,keputusan mahupun pencapaian masing masing.So,Memang kiteorang paling paling akan belanja makan,bagi hadiah tak pun akan pergi vacation.

Sampai la hari balik rumah pada hujung bulan.Sampai je rumah aku still berfikir "ok ke bagi ni,ke Mak akan gelak sebab aku buat benda yang takpernah adik beradik lain buat??"tapi aku macam teringat kawan aku cakap "Mak kau mesti suka la naa,anak dia yang bagi kot,mnae ade mak yang tak suka dapat hadiah ke ape ape dari anak sendiri..bagi je" So keesokkan tu,aku bangun pagi je aku terus nekad untuk bagi frame gambar tadi.Time tu aku nampak je Mak aku nak turun bawah, aku cepat cepat panggil "Mak!Selamat hari ibu..nahh hadiah" Mak aku terus senyum dan peluk pipi tu cium aku..dan time tu aku terus teringat kawan aku cakap "Mak kau menti suka punya" dan skang memang aku nampak sendiri mak aku suka dan appreciate sangat even tak seberapa hadiah tu.Terima Kasih Mak sebab Mak tak pernah nak complain atau bercakap bila Nena cuba jadi lain dari yang lain.

Selepas kejadian tu,memang satu tu jelah aku bagi pun hadiah sempena hari ibu,sebabkan aku cakap tadi yang family aku ni bukan type suka meraikan pun,semua busy sendiri sendiri je sampai la sekarang ni,dan tiada "hurt feeling" bila masing masing tak ingat pon birthday ke hari ape ke,adelah sangat takde masalah.hehe!

So cerita pasal hari ibu ni aku tersangat la takde,sebab kiteorang banyak sendiri diluar dari selalu berkumpul.tapi sempenah hari ni adelah "Hari Ibu" aku nak buat skit ucapan yang aku rasa mungkin tak aku,mungkin anak cucu aku plak boleh baca selagi blog ni boleh dibaca :-

" Kepada Mak yang selalu dihati dan yang selalu Nena rindui, sempena hari ni hari ibu,Nena ucap selamat hari ibu kepada Mak yang telah banyak berkorban untuk Nena sampai hingga hujung nyawa Mak,Nena rasa takdapat  balas jasa dan pergorbanan yang Mak bagi kat Nena.Tapi hari ni kalau Mak masih ada,Nena sangat berterima kasih dan nak ambik kesempatan bagi ape yang Nena rasa gembira dengan Mak.Sepanjang Nena dibesarkan,Nena tersangat la rapat dan sentiasa bersama Mak. Jadi ketiadaan Mak tu tersangat la dirasai,tapi Mak jangan risau tau,sebab Nena dalam keadaan ok,selamat dan gembira,Insyallah.So,Mak tenang la disana sebab Insyallah Nena selalu kirimkan keperluan Mak kat sana. Oklah,rasanya macam tak pandai plak nak bagi ucapan panjang panjang dan penuh mesej.haha!!"

Salam Rindu dari anakmu,
Nena - 2015

Haihh..setiap kali buat surat la,ucapan lah ape lah..tak pernah tak banjir satu bilik ni.Bila la aku boleh jadi kuat yang tak perlu jadi super sensetif macam ni..kena kuat!kena kuat!!tapiiiiiiiiiiiiiiiii aku tak mampu jati diri yang sangat rapuh bila cerita pasal Mak.Tiada siapa boleh menggantikan tempat Mak aku oii..

Dah,panjang sangat update kali ni sebab aku dah berapa kali nages benti nages benti dah menaip benda alah ni."Kadang kadang hati wa rapuhhh jua nakkkk!!" hahahhaha! setakat ini jelah dulu,ada cerita lagi iolls hapdet lah uolls ye! k bai..

AL - FATIHAH UNTUK
ARWAHYARHAMAH
ISMAIZAN BINTI HASHIM (MARCH 2011) 


Antara gambar terakhir aku dengan Mak (Ok pergi nages japp)

Thursday, May 7, 2015

Kedah Darul Aman | Terima Kasih

Salam.
Haa..Hye uolls!
Aku tak sempat seempat haa..nak update penceritaan aku ni..nak cakap busy,macam tak..tapi memang tak sempat lah baq hang!

Ok kali ni cite pasal aku on vacay lagikkk..
dan vacay kali ni adelah sangat special kot, sebab tujuan utama bukan lah bercuti SEMATA!tetapi ade misi untuk kakak - kawan - lawan - crush - ex jiran semua la dengan dia ni..

Misi : Berjumpa dengan bakal Mak/Pak Mertua

Tarikh/Masa : 25/4/15 (Sabtu) | Lepas Isyak

Tempat : Dirumah bakal Mertua..haha!

Al kisah,pada 2-3weeks sebelum kakak ini plan dan menyimpan hajat nak bawak aku pergi ni, dia adalah cerita yang si "kawan" lelaki dia dah datang rumah lah,dah hitu hini..So untuk menyambut kesinabungan tu,dia kata nak pergi la sebab si "kawan" lelaki kakak ini dah tanya "Bila nak mai plak rumah kami?" hahah! <

So terbukak la mulut kakak ini tanya kat aku, "Nena, kalau akak ajak teman pergi Alor Setar nak tak?"yang aku ni super obses terhadap berjalan jalan ni,GILA TAK NAK?haha! aku macam jawab dengan santai "Nena ok je,jom ahh!" padahal tu aku dekat Johor kot..memang tak plan untuk cuti atau apa apa.Then lepas 2-3hari, tetibe kakak whatapps "Nena,akak dah beli tiket,kita pergi 3hari 2malam tau" aku sekali lagi,"ok..set!" sambil tak pikir ape lagi untuk cuti atau apa pada masa tu.

Hari berlalu dengan cepat,dah tinggal 2-3hari nak meneruskan misi..Kakak dah nebes,asik cakap "ok ke pergi ni,ke tak payah?" haihhh..ni semua buat aku hangin satu badan la ni..aku pantang percutian aku dihalang.sambil sambil tu nak ke tak nak iolls tak kesah..ni belum pergi dah pikir bukan bukan..Geramm hokehh!

Ok..That day lah! weolls naik flight ,senang - murah(kalau offer lah) - cepat..haha!

Let's me take selfie first!
Kiteorang naik flight malam, dalam 50mins sampai Alor Setar. takpayah bersusah payah nak drive lah,apa lah..penjimatan pon berbaloi - baloi.Tapi malam tu cuaca teruk sikit.Dalam banyak banyak flight aku naik,kali ni paling dekat dan paling scary kot..langit kilat macam konsert dah aku tengok.sebab macam flash camera tu.memang menakutkan dan plane tersangat la bergegar.dan aku super mabuk dah eh..sebab dah peluh peluh sejuk aku rasa tinggal nak termuntah je,tapi aku berjaya tahan sampai lah di saji kan makanan enak setelah selamat mendarat dekat Alor Setar.

 Memang thorbaikk wehhh!!aku selama ni,memang selalu jugak la ke negeri jelapang padi ni,tapi ni la first time aku try makan kat siti..Sangat puas hati lah kawan kawan,semua orang kena try!

So settle sehari,keesokan hari yang kami just cakap cakap je lah KALAU sempat nak pergi Langkawi sebab nak beli coklat je..lain lain nanti lah kiteorang plan betul betul next vacation..ahaks!tapi sebelum balik hotel tu,"kawan lelaki" kakak tanya.. "esok kita naik feri pukul berapa punya?" kami pun terus confident.."Seawal pagi lah..nanti kita tengok apa yang ada" hehe!Bermula lah pengembaraan kami di Langkawi - day trip! hahaha!happyyyy...

Satu satunye gambar bertiga!haha

Tunggu sampai last sebab nak snap gambar ni..

Feri kiteorang naik !besar selesa

Aku ni last pergi Langkawi pada tahun 2006 kot..So sampai situ memang macam berubah dah..memang moden la.dan since aku bekerja ni lah aku baru macam tahu pergi langkawi tempat yang seronok untuk membeli-beli.Kalau tak aku tahu,pergi langkawi adelah pergi underwater tu,jalan jalan dekat beras terbakar lah,mahsuri lah..itu jelah..hahahhah! soo sad kan?oklah,tengok lagi picture sebab dekat sana tak banyak masa jadi semua rushing..ok?hehe..


Macam biasa,senget sana sini..haha!
hahah..no caption!
Nak balik dah!
Aku doakan korang JADI kali ni #Tilljannah
hehe!
Pergi berlenggang,balik berluggage terus weolls!



Ok last but not least!ahakssssss
bai korang!