[Mood sedih] - Lambat Publish
Salam
Hari ni 10 May,hari ahad diminggu pertama bulan May..jadi,hari ni adelah "Hari Ibu" untuk satu dunia. sebelum terlambat aku nak ucap SELAMAT HARI IBU kepada kakak aku sendiri Along. Kak ipaq aku, Kak Ira dan Kak Lisa.Semoga dikalangan muslimah yang dilindungi dan dirahmati hendaknya.
Seperti biasa kalau cite pasal Mak je,aku akan jadi super sensetif disebab kan Mak aku dah 4tahun meninggalkan aku dan sekeluarga,tetapi pesanan nasihat dan tunjuk ajar beliau tak pernah lekang dari ingatan aku mahupun dari sudut hati aku ni.Insyallah,aku akan menjadikan semua itu adalah guide dalam kehidupan yang penuh mencabar dan dugaan ini.MashaAllah!
Aku ingat lagi yang aku pernah bagi satu satu nya hadiah untuk "Mother day" yang aku tak ingat tahun bila dan aku umur berapa tetapi dah sekolah menengah yang pada masa tu,kedai RM2 baru diperkenalkan,so biasal la kan dalam kedai RM2 macam segala semua ada,dan pada masa tu aku ternampak satu frame gambar yang terukir sorang anak kecik perempuan dan ibunya saling berpelukkan dan bertulis "Love Mom" dan time tu kawan se asrama aku menegur aku, "Beli la naa,bagi kat mak kau" dan aku time tu rasa "seumur hidup aku tiada siapa pun nak bagi hadiah mahu pun ucapan "selamat hari ibu" kat Mak sepanjang hidup aku.Jadi takkan aku nak bagi plak??segan ahh" tapi atas dasar asakkan kawan tadi,aku beli jugak,dan simpan sampai balik rumah hujung bulan nanti. Tapi dalam menunggu sampai masa balik tu,aku asik berfikir yang dalam keluarga aku ni,adelah keluarga yang tak lah "sweet" macam rata rata keluarga yang saling memuji,mengucapkan,membelai,memujuk dengan kata kata yang manis bila setiap kali perbuatan,kelakuan,keputusan mahupun pencapaian masing masing.So,Memang kiteorang paling paling akan belanja makan,bagi hadiah tak pun akan pergi vacation.
Sampai la hari balik rumah pada hujung bulan.Sampai je rumah aku still berfikir "ok ke bagi ni,ke Mak akan gelak sebab aku buat benda yang takpernah adik beradik lain buat??"tapi aku macam teringat kawan aku cakap "Mak kau mesti suka la naa,anak dia yang bagi kot,mnae ade mak yang tak suka dapat hadiah ke ape ape dari anak sendiri..bagi je" So keesokkan tu,aku bangun pagi je aku terus nekad untuk bagi frame gambar tadi.Time tu aku nampak je Mak aku nak turun bawah, aku cepat cepat panggil "Mak!Selamat hari ibu..nahh hadiah" Mak aku terus senyum dan peluk pipi tu cium aku..dan time tu aku terus teringat kawan aku cakap "Mak kau menti suka punya" dan skang memang aku nampak sendiri mak aku suka dan appreciate sangat even tak seberapa hadiah tu.Terima Kasih Mak sebab Mak tak pernah nak complain atau bercakap bila Nena cuba jadi lain dari yang lain.
Selepas kejadian tu,memang satu tu jelah aku bagi pun hadiah sempena hari ibu,sebabkan aku cakap tadi yang family aku ni bukan type suka meraikan pun,semua busy sendiri sendiri je sampai la sekarang ni,dan tiada "hurt feeling" bila masing masing tak ingat pon birthday ke hari ape ke,adelah sangat takde masalah.hehe!
So cerita pasal hari ibu ni aku tersangat la takde,sebab kiteorang banyak sendiri diluar dari selalu berkumpul.tapi sempenah hari ni adelah "Hari Ibu" aku nak buat skit ucapan yang aku rasa mungkin tak aku,mungkin anak cucu aku plak boleh baca selagi blog ni boleh dibaca :-
" Kepada Mak yang selalu dihati dan yang selalu Nena rindui, sempena hari ni hari ibu,Nena ucap selamat hari ibu kepada Mak yang telah banyak berkorban untuk Nena sampai hingga hujung nyawa Mak,Nena rasa takdapat balas jasa dan pergorbanan yang Mak bagi kat Nena.Tapi hari ni kalau Mak masih ada,Nena sangat berterima kasih dan nak ambik kesempatan bagi ape yang Nena rasa gembira dengan Mak.Sepanjang Nena dibesarkan,Nena tersangat la rapat dan sentiasa bersama Mak. Jadi ketiadaan Mak tu tersangat la dirasai,tapi Mak jangan risau tau,sebab Nena dalam keadaan ok,selamat dan gembira,Insyallah.So,Mak tenang la disana sebab Insyallah Nena selalu kirimkan keperluan Mak kat sana. Oklah,rasanya macam tak pandai plak nak bagi ucapan panjang panjang dan penuh mesej.haha!!"
Salam Rindu dari anakmu,
Nena - 2015
Haihh..setiap kali buat surat la,ucapan lah ape lah..tak pernah tak banjir satu bilik ni.Bila la aku boleh jadi kuat yang tak perlu jadi super sensetif macam ni..kena kuat!kena kuat!!tapiiiiiiiiiiiiiiiii aku tak mampu jati diri yang sangat rapuh bila cerita pasal Mak.Tiada siapa boleh menggantikan tempat Mak aku oii..
Dah,panjang sangat update kali ni sebab aku dah berapa kali nages benti nages benti dah menaip benda alah ni."Kadang kadang hati wa rapuhhh jua nakkkk!!" hahahhaha! setakat ini jelah dulu,ada cerita lagi iolls hapdet lah uolls ye! k bai..
AL - FATIHAH UNTUK
ARWAHYARHAMAH
ISMAIZAN BINTI HASHIM (MARCH 2011)
Antara gambar terakhir aku dengan Mak (Ok pergi nages japp) |
No comments:
Post a Comment